ISU KHALWAT: MID MAN LUPA GAJAH DI DEPAN MATA!!!

Kenyataan Datuk Paduka Hamid Othman berhubung isu tangkapan saudara Idrus Ibrahim semalam membuktikan kepada rakyat bahawa pimpinan UMNO lebih senang menjaga 'tepi kain' orang lain daripada melihat ke dalam isu parti sendiri.

Tangkapan khalwat yang membabitkan dua orang ADUN kerajaan BN di negeri Perak tidak diambilberat atau tindakan sewajarnya, sebaliknya Hamid Othman lebih senang mencanangkan kesalahan orang lain yang nyata berupa satu fitnah!

Hamid Othman lebih senang melakukan fitnah, daripada membela maruah pimpinan UMNO yang telah rosak binasa akibat menurut nafsu syaitan. 

Rakyat tidak akan memaafkan Mid Man dan pimpinan UMNO yang bersikap 'kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan diabaikan'!!!