Etika dan kepimpinan YB-YB dalam kerajaan BN kebanyakannya rosak binasa akibat salahlaku dan pelanggaran terhadap hukum Tuhan! Ini lebih-lebih lagi kepada yang beragama Islam.
Ramai di antara YB-YB UMNO terlibat dengan perjudian, perzinaan dan ketagih arak. Ini bukanlah satu tuduhan yang dilemparkan akibat perasaan marah, tetapi realiti kehidupan mewah mereka tidak terbatas, terlibat dengan seribu pergolakan kehidupan yang meruntuhkan keperibadian dan akhlak mereka sebagai manusia yang boleh diberikan penghormatan. Apa lagi kesesuaian mereka untuk dijadikan pimpinan.
Setiap waktu kita diperdengarkan dengan kejadian seperti menari di disko dalam keadaan mabuk. Isu khalwat paling popular dan jika tidak dapat dibendung maka akhirnya jadi isteri berikutnya. Bukanlah sebegini kepimpinan yang dianjurkan oleh Islam dan memilih pemimpin satu ciri yang amat penting agar masyarakat terpelihara dari gejala keruntuhan akhlak.
Justeru itu rakyat seharusnya menilai kembali kepimpinan yang hendak ditonjolkan. Apakah kita mahu mengagungkan pemimpin bersifat takwa dan rendah diri atau pemimpin yang jahil, angkuh dan suka bermegah-megah serta menggalakkan dan melakukan maksiat!!!