KENYATAAN HAMID ALBAR MENGELIRUKAN

Kenyataan Datuk Hamid Albar, Menteri Luar yang mengatakan perbincangannya dengan Menteri Luar Israel, David Levy, semasa berlangsungnya persidangan PBB di New York bulan lalu, sebagai menyampaikan risalah perjuangan bangsa Palestin itu kepada negara Israel.

Kunjungan Yassir Arafat, pemimpin Palestine itu berlaku semalam. Agaknya bagaimanakah caranya beliau menyampaikan risalah tersebut sebelum ianya disampaikan oleh Yassir Arafat. Hamid Albar sendiri sebelum ini pernah menafikan perbincangannya dengan David Levy dan menganggap ianya hanya sekadar perbincangan antara sesama anggota PBB, sambil terus mendokong dasar luar negara ini yang tidak menerima Israel.

Hakikat sebenarnya perbincangan antara Hamid Albar dengan David Levy  adalah sebagai isyarat yang jelas kepada Bank Dunia supaya permohonan pinjaman negara diluluskan. Mengikut maklumat yang diterima bahawa Mahathir ingin memohon pinjaman kepada Bank Dunia bagi membiayai pilihanraya umum akan datang.

Hamid Albar adalah taruhan yang menyatakan bahawa Malaysia mengiktiraf bangsa Yahudi. Jika tidak kemungkinan besar permohonan pinjaman itu tidak akan dilayan langsung. Justeru untuk menutup segalanya, maka Hamid Albar cakap berpusing-pusing hingga sukar rakyat memahaminya kerana mendakwa berbincang mengenai perjuangan Palestine dengan David Levy.

Mana mungkin itu semua terjadi!