Tindakan para pemimpin UMNO mengutip kad pengenalan penagih dadah untuk tujuan membenarkan mereka mengundi bagi pihak penagih merupakan antara taktik kotor yang dilaksanakan BN menjelang pilihanraya umum negara.
Di negeri Perak tindakan serupa sudah diambil terhadap penagih dadah yang sedang menjalani pemulihan di Perlop Sg. Siput (U). Perkara ini didedahkan oleh Senator Faezah Abu Kassim sendiri kepada ahli UMNO negeri ini.
Senator Faezah mendakwa tindakan itu tidak keterlaluan kerana katanya kerajaan sudah mengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit untuk merawat mereka sehingga pulih. Justeru itu mereka mestilah mengundi BN, katanya.
Tindakan ini disifatkan sebagai satu penyelewengan dan SPR diminta supaya jangan menutup mata terhadap kezaliman UMNO/BN.