Oleh Pembaca Minda Rakyat
Sebelum mesyuarat MKT UMNO di jalankan beberapa hari sebelum Mahathir pulang dari lawatan ke Afrika Selatan, dia berasa sangat lega dan gembira apabila Abdullah Belababi membuat pengumuman putarbelit bahawa laporan HUKM mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak di racuni.
Olih itu Mahathir sangat confident bahawa
pilihanraya umum bolih di adakan pada awal November, 1999 ia itu selepas budget negara di
bentangkan di parlimen. Walaubagaimana pun apabila Datuk Seri Najib yang di pertangung jawabkan untuk membentangkan laporan status Barisan Nasional
dalam pilihanraya kepada MKT UMNO akan kedudukan UMNO dalam pilihanraya
Mahathir muram.
Mengikut laporan perisik khas yang di bentangkan olih Datuk Seri Najib kepada
MKT UMNO bahawa pada ketika ini UMNO hanya mampu memenagi di antara 30 hingga 40 kerusi parlimen sahaja dari jumlah 98
calon UMNO yang akan bertanding. Seterus nya Datuk Seri Najib menambah bahawa daripada 52 kerusi
parlimen yang di peruntukan kepada MCA, MIC dan GERAKAN kebanyakan pengundi penentu ada lah dari pengundi Melayu. Sekira nya hanya 50% sahaja pengundi
Melayu berpihak kepada Parti Alternatif, kesemua 52 kerusi
BN ini akan kalah.
Walaubagaimana pun MKT UMNO di
fahamkan bahawa Mahathir pecaya bahawa sekira nya Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjarakan selama 20 tahun serta di sebat kerana
meliwat Azizan, rakyat akan berpaling menyokong UMNO semula. Walaubagai mana pun pada pandangan
Datuk Seri Najib sekira nya Datuk Seri Anwar di jatuhkan hukum lagi mungkin kemarahan rakyat bertambah
dan UMNO akan mampu mempertahan kan kurang dari 10 kerusi sahaja.
Apabila mendengar laporan ini, maka Mahathir berkata “ Kalau macam ini kalah
lah kita semua ?” Muka dia berubah. Pada keesokan nya apabila melancarkan
Formula I di dataran merdeka dia tak ada mood dan di tambah lagi pula dengan Menteri yang
menganjur Tan Sri Mahyuddin Yassin dan Pegawai Tinggi Petronas datang lewat dari Mahathir dan Tan Sri
Basir di hari perlancaran tersebut.
Kini ahli ahli MKT dan pemimpin
UMNO sedang dalam dilemma untuk menimbangkan sama ada hendak terjun masok laut bersama Mahathir atau pun
membiarkan Mahathir terjun saorang diri dengan kepercayaan nya yang rakyat akan menyokong UMNO semula kalau Datuk Seri
Anwar Ibrahim di hukum lagi kerana kesalahan meliwat.