MAHATHIR AKAN GUGURKAN HAMPIR SEMUANYA!!

Maklumat yang dipercayai menyatakan bahawa lebih 50 peratus dari calon BN Perak menentang BA pada pilihanraya umum kali akan datang terdiri dari 'muka baru'.

Tindakan drastik ini pasti mengejutkan ahli-ahli UMNO yang masih setia dengan UMNO mereka. Pemecatan mereka yang dahulunya berada dalam kem DSAI itu sesuatu yang pasti. Mereka termasuklah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Tan Sri Ramli Marcos.

Adalah dipercayai mereka yang dipecat akan berpaling tadah dengan UMNO dan akan membantu Alternatif mencapai kejayaan. Justeru itu kesempatan ini perlu direbut oleh rakyat dengan menolak kepimpinan UMNO/BN dalam pilihanraya umum nanti.

Dalam perancangannya juga Mahathir akan melantik bekas Timbalan Menteri Jabatan Kerja Raya, Zainal Abidin Mohd Zin, jika tidak silap pernah memenangi Parlimen Bagan Serai. Zainal Abidin amat popular dengan gelaran 'abah' kepada rakyat Perak dan berasal dari Semanggol.