BERMULANYA PEMERINTAHAN ULAMA!!

Allahhuakbar!!! Allahhuakbar!!! Allahhuakbar!!!

Aburrahman Wahid (Gus Dur), pemimpin Nahdlatul Ulama (NU) akhirnya berjaya membuka lembaran baru era pemerintahan Asia Tenggara apabila tokoh yang menguasai agama berjaya mengetuai politik negara Indonesia.

NU mempunyai kira-kira 30 juta ahli yang kebanyakannya di pulau Jawa. Pemilihan Gus Dur, sebagai presiden keempat Indonesia, negara yang mempunyai lebih 200 juta penduduk dengan kira-kira 90 peratus terdiri daripada umat Islam, menempatkan dirinya pada kedudukan atau peranan yang bukanlah sesuatu yang asing baginya.

Ramai penganalisis politik berpandangan bahawa beliau sebagai pemimpin yang boleh diterima oleh semua pihak yang bertentangan dalam politik Indonesia, walau pun ada yang mengkritik kerana sikap beliau yang selalu berubah-ubah dan suka berterus-terang sehingga seringkali membuat orang rasa tersinggung.

Di kalangan penduduk Indonesia sendiri, pemilihan Gus Dur dianggap penyelamat kerana pimpinan Megawati Sukarno Putri berkemungkinan akan meneruskan pergolakan politik yang tidak dapat dibendung lantaran ramai rakyat tidak mahu menerima kepimpinan wanita ketika ini.

Di lahirkan pada 4 Ogos 1940 di Jombang, Gus Dur menerima pendidikan awal di situ sebelum melanjutkan persekolahan ke Sekolah Menengah Ekonomi Pertama sehingga 1956 di Jogjakarta, Jawa Tengah.

Beliau kemudian memasuki sekolah agama di Pasentren Tambakberas Jombang dari 1959 sehingga 1963. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Pendidikan Tinggi Islam dan Arab Universiti Al Azhar Mesir sebelum ke Fakulti Sastera Universiti Baghdad, Iraq, pada 1970.

Sekembali dari Iraq beliau menjadi pensyarah dan dekan Fakulti Ushuluddin Universiti Hasyim Asyhari di Jombang. Beliau dipilih menjadi ketua NU pada tahun 1984 sehingga sekarang.

Gus Dur, penulis beberapa buku dan bergiat cergas dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, berkahwin dengan isterinya Shinta Nuriyah pada 1968 dan dikurnia empat orang anak, kesemuanya perempuan. 

Dengan pemilihan Gus Dur ini, Minda Rakyat berkeyakinan bahawa sudah sampai masanya era reformasi bergema di Asia Tenggara menerima cabaran demi cabaran dalam menjalani alaf baru dengan lebih sempurna.

Kedudukan Gus Dur dalam sejarah politik Indonesia membuktikan bahawa 'suara rakyat' sesuatu yang tidak boleh diketepikan dalam adunan pembentukan sebuah kerajaan baru. Jika Golkar yang memerintah selama 32 tahun pimpinan Suharto itu berjaya ditumbangkan, mengapa UMNO yang lebih uzur dengan usia pemerintahan 42 tahun itu dianggap masih kuat.

Kepada rakyat Indonesia, Minda Rakyat ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana berjaya menyelamatkan diri anda dari 'sambaran api neraka' kerana langkah pertama anda memilih kepimpinan ulama bererti itu satu penyelamat bagi anda.

Justeru kepada rakyat Malaysia sekalian, inilah satu pengajaran bahawa Allah mahu mengembalikan Islam kepada kedudukannya yang sebenar, yang tinggi, yang agong dan maha sempurna. Janganlah anda berdalih lagi menerima Islam secara syumul, secara keseluruhan. Buktikan komitmen anda pada ulama dan hanya ulama mampu menjadi penyelamat ummah!!!

TAKBIR!!!

Polong Cyber