KEARAH MANA MATLAMAT MELAYU DAN UMNO TAMBUN?

Oleh Pak Ulong

Apa yang ingin dipersoalkan disini ialah setakat mana kematangan dan kebijaksanaan segelintir minoriti kelompok orang-orang melayu yang hipokrit dikawasan Pekan Tambun, Ulu Kinta dan Tanjong Rambutan melihat dan berfikir secara lebih rasional dan realistik terhadap keburukan serta keruntuhan yang dibawa oleh parti umno dan budaya negatif yang telah diterapkan ke dalam pemikiran dan jiwa orang disini.

Umno kawasan Tambun telah membentuk situasi pemikiran orang melayu yang sempit, anti perubahan, anti bangsa sendiri dan sabenarnya anti ISLAM. Sekian tempoh wakil rakyat dikawasan ini silih berganti.

Namun sejak dulu hingga sekarang kelibat bayang pun tak pernah nampak menjengok di masjid, surau maupun dilain-lain majlis pengajian agama. Ini termasuklah Ramli Ngah Agoh selaku MB Perak.

Mungkin puak jahiliah ini akan mengunjungi kawasan ini ketika tubuh batang jasad mereka akan dibenamkan ditanah perkuburan Tambun atau Tanjong Rambutan nanti.Umumnya mari kita menyaksikan faktor senario semasa dengan iktibar untuk membuka minda dan kewarasan Ramli Ngah Agoh, wakil rakyat kawasan Tambun serta ketua-ketua bahagian umno baru supaya bertafakur dan berfikir dengan lebih profesional, jujur, ikhlas serta rendah diri.

  1. Pasar Malam Pekan Lama Tanjong Rambutan (Hari Khamis malam Jumaat). Menjelang waktu magrib dan masuk waktu magrib masih ramai orang-orang melayu berjual dan membeli-belah. Kedapatan ada yang dengan sengaja meninggalkan solat dan melengahkan solat semata-mata untuk shopping. Majoriti pengunjung adalah pendudok melayu tempatan, persekitaran dan penduduk kem PGA/PGK Ulu Kinta Perak. Memang benar dan tepat jika dikatakan TIDAK SEMUA ORANG MELAYU ITU ISLAM. Melayu itu adalah bangsa. Islam itu adalah agama. Inilah benih orang-orang Islam yang dihasilkan dari Islam Automatik Alaf Baru.
  2. Gerai-Gerai Makan Menjelang waktu asar dan masuk waktu magrib masih kedapatan orang-orang melayu tua dan muda yang masih melepak di gerai makan menjamu selera dan berbual-bual kosong dari usia muda hinggalah ke tua. Mana anak dan bini tak ikut perangai sebegini.
  3. Masjid/Surau Saksikanlah sendiri ketika masuk waktu solat berapa saf yang kosong dan saujana mata memandang. Ke mana menghilangnya keimanan orang-orang melayu Tambun, Ulu Kinta dan Tanjong Rambutan? Jika sedemikian elok benarlah tokong-tokong dibina di pertengahan Kampong Tersusun Bt 8 Tanjong Rambutan. Itulah sabenarnya kiblat Umno yang tidak peka dan prihatin dengan maruah bangsa melayu dan keagongan agama Islam.
  4. Sekolah Menengah Ulu Kinta Perak Maklumat sahih dari penuntut dan anak-anak PIBG sendiri. Ketika masuk waktu zohor dan asar ramai murid-murid lelaki dan perempuan majoritinya tidak bersolat di atas alasan uzur, malas, jahil dan TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU BERSOLAT. Guru-guru pun ada yang terlibat termasuk yang takut makeup hilang. Ibu bapa, pengetua sekolah, guru-guru , ustaz/ustazah dan PIBG sila jawap di dunia dan diakhirat. Syabas diucapkan kepada Najib Tun Razak, MB Perak, Jabatan Pendidikan Perak dan Ketua Umno Bahagian Taman Indah Tanjong Rambutan, Md Salleh Md Yasin.
  5. Sekolah Menengah Ulu Kinta, Perak Kedapatan murid-murid dan guru-guru perempuan melayu yang dengan sengaja tidak mahu memakai tudung dan menutup aurat. Ada segulungan yang terus membuka tudung apabila keluar saja dari pagar sekolah. Pun ada di kawasan sekolah pakai tudung. Jumpa di kompleks membeli belah di Ipoh dah jadi simbol sex dan bohsia berpeluk-pelukan serta berasmaradana tanpa segan silu di khalayak ramai. Maklumlah dah jadi ahli PROSTAR (RATU JALANG). Marina Boleh! Melayu Boleh!
  6. Infra-struktur Perkampungan Tersusun Jalanraya boleh diturap berkali-kali bagi kepentingan kroni tertentu dan tipu muslihat politik Umno. Longkang-longkang untuk pengaliran air dari rumah ke rumah dan ke longkang besar sengaja tidak mahu dibina dengan alasan tiada peruntukan dan kawasan bukan dibawah kawasan DBI. Kawasan pendatang haram kut! Nak pilihanraya pandai pulak menghalalkan kawasan.
  7. Kemudahan Pembuangan Sampah Mana dia kemudahan untuk kutipan dan pembuangan sampah dikawasan perkampungan Tersusun? Nak kena bayar cukai dan masuk bawah DBI lagi ke baru nak adakan kemudahan ini? Sudah berkurun Umno memerintah! Masuk angin keluar asap jugalah nampaknya. Melayu tak berakal, tabiatnya suka membuang sampah di sepanjang jalan dan mengotorkan bumi Allah sama sekotor hati tuan punya sampah!
  8. Gangguan Bekalan Elektrik Kawasan Tambun. Ulu Kinta dan Tanjong Rambutan dari zaman tok kadok hinggalah sekarang kerap mengalami gangguan kerosakan bekalan elektrik. Projek mega-mega dan ratusan bilion mampu dibuat.Transformer cabuk yang halus dan reput pula tak mampu diganti serta dibina. Pendatang dari Bangladesh pun sudah pandai mengubah suai talian telefon sendiri. Malaysia Boleh! Mahathir Canggih!
  9. Suara-Suara Sumbang Umno Kedengaran di sana sini dikawasan Tambun, Ulu Kinta dan Tanjong Rambutan suara-suara sumbang dari segelintir ahli-ahli Umno yang hidup segan mati tak mahu. Kehidupan mereka seharian adalah berfungsi untuk menabur fitnah dan memecah belahkan perpaduan ummah orang-orang melayu dikawasan ini.Sedangkan mereka sendiri adalah dalam kategori individu yang kecewa, pemalas, hipokrit,dan pengkhianat kepada agama, bangsa serta negara. Mereka adalah individu yang berkepentingan bagi diri sendiri. Perjuangan untuk diri sendiri pun tak ada. Dasar tong kosong. Nak mendidik anak dan isteri pun tak betul lagi!

Dewasa kini tiupan bayu REFORMASI telah pun menjiwai hati dan nurani penduduk-penduduk disekitar kawasan Tambun, Ulu Kinta dan Tanjong Rambutan. Umno kini sudah tidak bernadi lagi. Matinya tidak berbatu nisan. Hidupnya tidak berwawasan. TUNGGU DAN LIHATLAH SENDIRI BALA DAN PEMBALASAN DARI ALLAH!

SALAM REFORMASI!

REFORMASI MEMBAWA PERUBAHAN, REVOLUSI MENENTANG KEZALIMAN