NAJIB TERDESAK ?

Cikgu Kedah.

Peranan para guru menjadi pengerak kepada perubahan dalam masyarakat memang satu yang tidak dapat dinafikan. Malah telah terbukti keberkesanannya sebelum kemerdekaan negara. Peranan golongan ini dalam arus reformasi ketika ini cukup dirasai oleh Menteri Pendidikan. Justeru itu pelbagai arahan dikeluarkan bagi memastikan golongan pendidik ini tidak terpegaruh dengan golongan reformasi. Namun dikalangan para pendidik yang diamanah untuk mendidik manusia mengenal kebenaran , keADILan, sudah tentu akan memPAStikan seluruh anak didik termasuk dirinya untuk bersama-sama golongan kebenaran, KeADILan  lalu bertindak pula untuk menyebarkan KeADILan tersebut, bersedia untuk mempertahankan KeADILan. , malah bertekad meruntuhkan kuasa kezaliman untuk memertabatkan KeADILan  disingahsana pemerintahan.

Suasana inilah menyebabkan Kementerian Pendidikan mengarah semua Pengarah Pendidikan mengadakan pertemuan dengan semua para pendidik dalam satu majlis khas. Pengisiannya semata-mata menceritakan ‘ kebaikan BN ’ disamping ianya dengan cara terang-terang menutup pelbagai kemungkaran, kezaliman yang dilakukan oleh BN. Namun para pendidik yang beramanah pastinya tidak mudah untuk terikut dan terpengaruh dengan segala pembohongan tersebut.

Untuk membendong dari berleluasa, seluruh kakitangan di Kementerian Pendidikan  terutama Pengarah-pengarahnya sudah hilang pertimbangan, pertukaran guru dibuat sewenang-wenangnya,  malah mereka sudah tidak dapat mengenal dan membezakan mana majlis politik atau taklimat atau kursus pengajaran. Ini terbukti pada 17 Oktober yang lalu dalam Kursus Robot Kit di Pusat Kegiatan Guru Langgar  Alor Setar  Kedah yang dihadiri oleh guru-guru Kemahiran Hidup dan guru sains serta guru kejuruteraan.

Tindakan En. Ahmad Holi bin Abd. Rahman Ketua Pengarah Pendidikan (Sains dan Teknologi) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, tanpa segan silu berkempen untuk BN. Hujjah nya seperti juga Pengarah JPN Kedah di Sekolah Men. Sains Pokok Sena. Cuma yang KPP nie lagi BODOH bertambah JAHIL…hampir 90 % ucapannya hanya untuk kempen BN

1.       Kalau team lain yang memerintah habis depa lempaq ( mereka buang) robot-robot kita nie. Kos semua RM 11 juta. Team yang memerintah la nie dah serasi.

2.       Kita perlu selesaikan agenda yang belum selesai. Siapa nak jaga anak cucu kita ?

3.       Jangan potong tangan orang yang bagi gaji kepada kita.

4.       Menukar pemerintah bukan pesyen( jenis) cuba-cuba.

5.       Agama (Islam) tidak dapat menyatukan masyarakat yang menyatukan ialah keselesaan sebab tu tak aman di Afghanistan. Kesamarataan pengagihan ekonomi itu yang perlu

 Beginilah pemikiran KPP(S&T) KPM. Entah apa yang Najib dah suapkan kita pun tak tau, hingga dah jadi bodoh semua pengarah, hilang pertimbangan, dibuang etika pendidikan yang selama ini disemai dan ditanam ke dalam jiwa para pendidik. Kita pun boleh nilai hujjah bodoh tu. Yang ke 5 tu kita kesian takut-takut dia dah tak islam. Jadi makhluk benda ,Bertuhankan benda.

Namun yang jelas semua peserta ‘mencebik mulut ‘. ada diantara nya cuba nak dapatkan nombor talifon En Holi nak panggil mai ceramah berganding dengan Umi Hafilda . Sewaktu menuju ke dewan makan ada yang yang memperli” makan banyak-banyak lepas nie orang lain memerintah kita tak boleh makan dah “ . Jangan Lupa agenda belum selesai.. agenda mahadir dengan anak-anaknya …kita hirup kuah…. Isi boleh kat asmah….. En. Holi nei lebih hebat dari Dr. Harun Din …. tu yang CEmeKAP sangat  cakap pasai islam…….. Ini majlis kursus robot kit … bukan kursus politik … apa dia ingat Kita robot kata guru bukan melayu …. Itu lah antara komen para pendidik yang hadir.

 

Para pendidik diarah jangan cakap politik ketika disekolah tapi yang diatas bebas sebebasnya berkempen. Apakah mereka yang diatas ada tidak terikat dengan arahan yang dikeluarkan. Andai mereka membakulsampahkan arahan yang mereka sendiri keluarkan. Minta maaflah kami yang dibawah ni nak kutip simpan. Sorrylah tak kelapaq…..

 

Situasi ini mengambarkan Najib dah gelabah dengan para pendidik yang rata-rata dah beri komitmen untuk tukar kerajaan BN .Kami para pendidik bukan nak cuba tukar pemeritah tapi kami dah tekad dan nekad untuk berubah. Kami bertekad untuk menumbangkan kerajaan BN . Ingatan untuk semua pengarah pendidikan ; kami para pendidik bukan bodoh macam kalian, kami yakin rezeki pemberian tuhan, bohong bukan budaya pendidik, zalim tidak ada tempat dalam jiwa pendidik bukan macam kalian dah tak tahu membezakan keadilan dan kezaliman hatta sanggup menukarkan sahabat-sahabat kami atas arahan pemerintah yang zalim.. anda tahu itu tindakan zalim tapi anda patuhi juga… dimana sifat seorang pendidik … ketika anda bersetuju membuat kezaliman itu pastinya anda tidak beriman…jiwa beriman tidak akan melakukan kezaliman ? anda kata 1000 lebih yang disuruh tukar tapi anda ikut hanya 15 arahan.. adakah tindakan terhadap 15 orang pendidik itu tidak zalimmmmmm ??? dan pastinya anda akan terus melakukan kerja gila ini jika BN terus memerintah…….

PARA GURU SEMUA…….. PASTIKAN KEZALIMAN TERHADAP SAHABAT KITA YANG DITUKAR SEWENANG-WENANGNYA OLEH PEMIMPIN BN , TALIBARUT MEREKA DAN HUBAYA-HUBAYA MEREKA KITA TEBUS DENGAN MEMASTIKAN BN TUMBANG…..

AYUH PARA GURU ……. Jangan buang masa lagi…… ®