Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan bahawa adalah sukar untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu
disifatkan sebagai menentang kerajaan atau menentang parti politik.
Jika mereka menentang kerajaan ia merupakan perbuatan yang tidak beretika kerana mereka bekerja dengan kerajaan, katanya.
Mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai dan kakitangan awam adalah dikehendaki menunjukkan taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan pada setiap masa dan ketika.
"Sekiranya terdapat bukti kukuh yang seseorang pegawai awam terlibat dalam perbuatan mengkritik dan menentang kerajaan, maka tindakan tatatertib
termasuk hukuman buang kerja boleh dikenakan," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata setakat in belum ada tindakan seumpama itu diambil walaupun terdapat beberapa dakwaan kononnya ada kakitangan kerajaan
khasnya di kalangan guru-guru sekolah yang dikatakan terlibat dalam perbuatan menghasut murid-murid menentang kerajaan.
Tanpa bukti-bukti yang sahih tindakan tidak boleh diambil terhadap kakitangan Kerajaan. Lagi pun, amat sukar untuk membezakan sama ada sesuatu
perbuatan itu menentang kerajaan atau menentang parti politik.®