KEYAKINAN YANG TIADA ASASNYA!

Keyakinan yang dilaung-laungkan UMNO bahawa mereka yakin dapat mempertahankan kerusi-kerusi yag bakal ditandinginya sama ada bagi kawasan Parlimen atau dewan dewan undangan negeri pada pilihan raya umum akan datang, tiada asas kukuh.

Momokan sebegini memang biasa berlaku menjelang pilihanraya umum negara selama 9 kali yang lalu. Hasil momokan itu, maka majoriti rakyat selama lebih 40 tahun mempercayainya. Menjelang alaf baru dan zaman siber, momokan sedemikian dianggap kolot dan tidak bertamadun.

Apatah lagi dengan momokan mereka untuk menawan negeri Kelantan. Ia disifatkan oleh rakyat Kelantan sebagai satu impian kosong. Rekod BN menang dalam pilihanraya lalu ialah kerana mereka mampu 'menyogok' rakyat. Justeru ekonomi yang sedang gawat, sebagai satu rahmat kepada pembangkang untuk bertanding secara 'gentleman' dan bersih.®