JAMINAN BUKAN ERTI TIADA PENIPUAN

Jaminan oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa tidak akan berlaku penipuan membabitkan kad pengenalan semasa pilihan raya umum akan datang, bukanlah bererti tidak wujudnya penipuan oleh mana-mana pihak.

Ini berdasarkan Kementerian Dalam Negeri hanya akan bertindak jika ada laporan yang diterima. Apa yang sebenarnya boleh dilakukan oleh kementerian berkenaan ialah dengan menyenaraikan pemegang kad yang tidak sah, sudah meninggal atau hilang untuk dipadamkan oleh SPR. Satu salinannya hendaklah diberikan kepada semua parti-parti yang bertanding.

Rakyat tidak akan menerima pelbagai alasan, termasuk tindakan mustahil Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) yang digunakan kini boleh ditipu oleh mana-mana pihak dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai sebuah jabatan mendokong kepimpinan bersih, cekap dan amanah, Jabatan Pendaftaran (Kelahiran dan Kematian) mampu menyenaraikan pemegang yang hilang, mati atau meninggalkan negara apa dengan hanya mengeluarkan rekod yang tersimpan di dalam komputer.®