KENAPA PAS DISALAHKAN APABILA RAKYAT MENGKRITIK KERAJAAN?

Dalam ucapannya semasa melakukan upacara pecah tanah tapak Sekolah Menengah Paya Kemunting di Jitra semalam, Maha Firaun itu kesekian kalinya meletakkan kesalahan ke atas PAS yang didakwanya melakukan hasutan kepada rakyat supaya membenci Kerajaan.

Memanglah mudah membuat tuduhan semudah A, B dan C tetapi Maha Firaun itu seharus mengukur sejauhmanakah selama pemerintahannya beliau memelihara amanat 'undi' yang dipertarohkan rakyat kepada kerajaan BN.

Kealpaan Maha Firaun membimbing dirinya sendiri, kerajaan dan rakyat terhadap agama yang diredhai Allah iaitu Islam, menyebabkan rakyat mencari alternatif sendiri. Berbetulan perjuangan PAS yang meletakkan agama sebagai dasar perjuangannya, maka rakyat yang bersimpati dan komited dengan perjuangan agama sudah tentunya bersama PAS.

Maha Firaun itu nampaknya lebih senang mencanangkan agenda pembangunannya yang entah di mana titik akhirnya. Pembangunan ala Maha Firaun itu tidak nyata tidak menjurus ke arah pembentukan minda rakyat yang sihat. Sebaliknya hanya satu kesempatan 'merampas kekayaan' melalui agenda pembangunan negara.

Rakyat jangan tertipu lagi, sebagaimana anda sudah ditipu sebanyak 9 kali sebelum ini.®