ZAIM NAFI DITANGKAP KHALWAT!

Seperti sudah diduga, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan Exco Ugama Kerajaan Negeri Perak menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat di Pangkor Laut Resort, kira-kira dua minggu lalu.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 50 orang penduduk Kg. Sg. Korok dan Pasir Gajah, Parit, Sabtu lalu. Menurut Datuk Zaim, beliau bersama pencegah maksiat pergi ke tempat berkenaan untuk menyerbu 'mangsa'.

Namun Datuk Zaim gagal menyebutkan nama mangsa si lelaki. Timbul juga beberapa persoalan dari penafiannya, seperti, sejak bilakah Datuk Zaim menjalankan kerja PM (Pencegah Maksiat). Apakah sehingga begitu perihatin seorang 'Datuk' untuk mencegah maksiat dan menangkapnya yang kebetulan sungguh jauh sekali di tengah laut?

Jika nak menangkap si pembuat maksiat, silalah Datuk serbu hotel mewah dan esklusif, tak payah nak berjuang nyawa di tengah laut.

Mengikut maklumat yang ada pemberi maklumat kepada Pejabat Ugama Daerah Manjung ialah pemandu bot yang membawa Datuk Zaim ke destinasinya. Beliau menerima saguhati RM500 yang dibayar oleh Pejabat Agama Daerah Manjung.

Mengikut amalan biasa tertuduh yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara jika gagal membayar denda.®