Masa untuk Beristighfar, Wahai Saudara Hussain Mohd Ali 

Pembaca Minda Rakyat

Saudaraku Hussain Mohd Ali, Kita pernah bersama dalam menghadapi keluh resah hidup. Kita saling mengenali sesama sendiri. Saya percaya dengan gaya bahasa yang saya tulis saudara PASti mengenali saya. Ingatkah lagi kata-kata semangat perjuangan yang pernah saudara kerap kali tuturkan dulu? Lupakah saudara dengan kenalan sekampung serta saudara sekampung yang menderita dihati mereka mengenangkan derita yang ditimpa oleh DSAI? 

Dato’ Prof Mokhtar Shafie seringkali sedih dan menangis dengan apa yang telah dilakukan oleh Mahathir. Dato’ Prof Osman Bakar (TNC UM) hinggakan terlantar di UHKL diserang “stroke” mengenangkan penderitaan dan fitnah dahsyat yang dilemparkan terhadap DSAI dan keluarganya. Namun saudara tetap untuk memilih kerjaya yang penuh dikelilingi perihal maksiat dan kemungkaran. Saudara pernah ditegur saya agar menghindarkan diri dari projek SIC di awal peringkat perancangan lagi dan diulangi beberapa bulan lalu. 

Dan akhir-akhir ini, saudara mengatakan bahawa saudara tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana segala susunan acara terpaksa dituruti dengan pengawasan ‘mereka’ (pihak FIA). Bukankah negara kita berbangga dengan tatasusila kebudayaan yang kaya dengan segala kesenian dan beradab? Bukankah kita negara “Malaysia Boleh”? Kenapa Malaysia TIDAK boleh mencorakkan majlis tersebut tanpa unsur-unsur kemungkaran? Bukankah ini peluangnya saudara dan negara kita membuktikan Malaysia Boleh melaksanakan majlis dengan tiadanya perkara-perkara sumbang? 

Jika tidak, adalah lebih baik jika saudara kekal dengan kerjaya saudara di SIRIM, kerana itu lebih bersih dan saudara dapat benar-benar berkhidmat untuk bangsa dan agama. Saudara lebih berpeluang untuk melaksanakan kerja-kerja amal di sana. Namun, mungkin kejayaan material dan kelipan ‘glamour’ yang saudara cari maka kini terpesonglah sedikit langkah-langkah perjuangan yang telah saudara aturkan asasnya semenjak di sekolah, di USA dan sekembalinya ke tanah air. 

Usaha-usaha murni di dalam kegiatan amal termasuk dalam gerakan MISG dan ABIM mungkin lebur begitu jika saudara tidak meng’muhasabah’kan diri saudara dengan segera. Saudara pernah menceritakan pada saya bahawa ramai rakan-rakan saudara yang pilu serta menitis air mata ketika saudara Anwar meninggalkan ABIM semasa saudara menuntut di USA. 

Saudara turut menceritakan bahawa ramai aktivis ABIM (termasuk saudara sendiri) ketika itu tidak dapat menghadiri kelas pada hari-hari Anwar mengumunkan keluar ABIM masuk UMNO pada 1982 akibat terkejut dengan pengkhabaran sedih dari Malaysia itu. Dalam mengejar cita-cita dan kerjaya, saudara dikatakan lebih di’favour’kan oleh Tan Sri Basir bagi mencapai impian gila pengkhianat negara dan bangsa Dr. Mahathir Mohamed. Dan dikatakan ‘favaouritism’ itu adalah antara penyebab bekas Managing Director SIC Dato’ Bakri tidak sehaluan dengan saudara dan Basir maka dipaksa menandatangani surat perletakan jawatan yang sudah tersedia untuk ditanda tangani oleh Dato Bakri. 

Dengan kekosongan jawatan MD, membuat saudara lebih terikat dan tertarik untuk mencapai kemungkinan diberikan kepercayaan untuk jawatan tersebut. Sudah tentu dengan ‘taste’ saudara yang saya amat arif, saudara tidak akan melepaskan peluang sedemikian. Namun, saudaraku Hussain, masa belum terlambat. Walaupun rakan saya Awang Bongsu dalam tulisannya semalam https://members.tripod.com/~doimoi99/dm2010ab.html, menyatakan bahawa saudara dipertanggung jawabkan (sebagai saham di akhirat nanti) dengan segala kemungkaran dan maksiat yang berleluasa semasa perlumbaan F1 baru-baru, saudara masih boleh bertaubat dan kembali ke jalan benar. 

Kembalilah ke perjuangan asal saudara untuk Amr Ma’ruf Nahi Mungkar dan bukannya Amr Mungkar dicampurkan dengan Amr Ma’ruf. Dengan gelaran Tuan Haji yang sudah disempurnakan lebih 5 tahun lalu, amatlah memalukan umat Islam seluruhnya kerana seorang yang bergelar Haji menjadi penganjur utama majlis mungkar. Turut memalukan ialah saudara adalah aktivis ABIM. 

Saudara memahami perjuangan saudara Anwar. Saudara juga di antara yang telibat secara langsung dalam usaha murni di dalam BTN sebelum ianya dikotori oleh Nordin Kardi dan Shagul Hamid. Isteri saudara, Kauselor Noraini Ahmad UIA, walaupun saya kurang kenal, tetapi kerap saya membaca, mendengar dan menonton ceramah dan nasihat beliau. Saya PASti beliau dapat memberi bimbingan sewajarnya sepertimana beliau bimbingi pelajar-pelajar UIA dan masyarakat Malaysia umumnya. 

Amat memalukan untuk isteri saudara dengan pelbagai buku yang dihasilkan, kejayaan kerjayanya dan kepakarannya dalam bidang kauseling, beliau masih gagal untuk menasihati suaminya sendiri menghindarkan diri dari menjadi penggerak utama majlis yang penuh dengan kemaksiatan. Mungkin kesempatan cuti yang diberikan saudara patut ke Makkah untuk berumrah dan bertaubat. Pergilah dan Insya Allah, pohonlah perletakan jawatan dengan baik dari Tan Sri Basir dengan kaedah yang terbaik atau pohonlah ditukarkan kembali ke MAB, tempat asal saudara selepas berhenti dari SIRIM. 

Ingatlah wahai saudaraku yang dikasihi, serangan “mild stroke” yang saudara alami akibat tekanan kerja untuk persiapan perlumbaan F1 adalah amaran atau peringatan awal Allah Azza Wajalla agar saudara kembali untuk menyiapkan diri untuk kehidupan di alam akan datang. Maafkan saya kerana terpaksa meluahkan isi hati saya (sebenar nasihat ikhlas) di medan terbuka seperti ini kerana agak sukar kita bertemu dan saling menasihati seperti dulu – di akhir-akhir ini (mungkin akibat dari tuntutan kerjaya saya dan mungkin juga saudara kian lupa dengan sahabat-sahabat lama). Sekadar mengingatkan saudaraku yang dikasihi. 

Saudaramu sekampung. Pahang Darul Makmur®