SYARIKAT WAN MOKHTAR DIPERINTAH GULUNG!

Pembaca Minda Rakyat

Sebuah syarikat usahasama Wan Mokhtar bersama rakan karibnya, Dato’ Mohd. Nor Yusof yang ditubuh sebelum beliau menjadi Menteri Besar Terengganu telah diperintah oleh Hakim Hajaran Singh di mahkamah untuk digulung (winding up judgement). 

Syarikat Mohd Nor Yusof (SMNY) Sdn. Bhd. telah didaftarkan pada asalnya pada nama Mohd Nor Yusof (atau lebih dikenali sebagai Mat Nor Taja) dan Wan Mokhtar Ahmad dengan berdaftarkan di alamat rumah lama Wan Mokhtar di Kemaman Terengganu. 

Sumber yang dipetik dari syarikat yang membuat saman terhadap SMNY, Polibina Engineering Enterprise Sdn. Bhd., menyatakan saman ini telah dimulakan semenjak dua tahun lalu adalah kerana SMNY telah gagal menjelaskan hutang bagi bayaran untuk kerja-kerja kontrak bernilai RM5 juta yang telah dilaksanakan olehnya untuk SMNY. 

Kini, nama Wan Mokhtar sudah tiada lagi disenaraikan sebagai pemilik rasmi saham SMNY tetapi umum ketahui bahawa pemilikan saham asal oleh Wan Mokhtar telah pun ditukar nama kepada nominee beliau. Dengan pernulaan perniagaan SMNY dan pemilikan saham di atas nama Wan Mokhtar sendiri diperingkat awal mengesahkan bahawa memang sahih bahawa Menteri Besar tersebut memang mempunyai kepentingan di dalam SMNY. 

Fenomena SMNY yang dengan mudah mendapat kontrak-kontrak besar di Terengganu walaupun dengan tawaran yang lebih tinggi telah menambahkan lagi kepercayaan bahawa Mat Nor Taja adalah seorang kroni Wan Mokhtar. 

Menurut seorang usahawan bangsa Cina dari Kuala Lumpur, bahawa beliau pernah ke pejabat MB dan diketemukan buat pertama kali dengan Mat Nor Taja hampir 20 tahun lalu. Dalam pertemuan itu MB sendiri yang telah mengarahkan beliau (usahawan Cina) untuk berkongsi projek dengan Mat Nor Taja. 

Menurut sumber yang rapat dengan Mat Nor Taja, nilai kekayaan beliau boleh dibayangkan dengan ukuran bahawa hampir separuh hartanah di Kemaman adalah milik Mat Nor Taja, keluarganya dan penama-penama beliau yang diberi kepercayaan. Menurut sumber yang sama, pejabat SMNY setiap kali musim pilihanraya akan dijadikan sebagai Bilik Gerakan BN. Ini termasuk menyusun semula kedudukan pejabat untuk melengkap suasana Bilik Gerakan dan juga mengarahkan semua kakitangannya untuk bekerja untuk BN. 

PAStikan BA memerintah Terengganu.

oleh Saudara kepada Arwah Dato’ Wan Kadir (Adik ipar Wan Mokhtar)
(Sesudah 26 tahun aktif dengan UMNO kini sudah setahun cekal bersama PAS)®