Timbalan Perdana Menteri Pak Lah B berkata perbezaan pendapat politik dan keagaman tidak sepatutnya membawa kepada perbalahan.
Namun kata-katanya itu tidak dikotakan apabila beliau dan Ramli Marcos menghadiri sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh semalam,
kerana menggunakan imam dan khatib dari masjid lain yang datang bersama puak-puak UMNO.
Tindakan itu menyinggung hati umat Islam dalam kariah masjid berkenaan sekaligus mengenepikan imam-imam masjid Sultan Idris Shah II. Ramli Marcos
sendiri yang sudah tidak kelihatan melebihi satu tahun di masjid berkenaan, tunduk memandang ke lantai sepanjang tempoh beliau berada di masjid itu.
Sementara itu para Jemaah yang hadir tertanya-tanya apabila khatib yang membacakan khutbah itu seorang yang belum pernah berbuat demikian di dalam masjid itu dan beliau tidak begitu dikenali. Bagaimana pun ramai juga yang maklum pertukaran tersebut disebabkan kehadiran Pak Lah dan Ramli Marcos.
Inilah satu bukti dimana pemimpin UMNO menggunakan masjid demi menjaga kepentingan politiknya. Apa jadi dengan imam besar Masjid Negeri (Sultan Idris Shah II) tersebut iaitu Syeikh Mohd Noor Mansur AlHafiz, atau Ustaz Mohd Ridzuan, Ustaz Aminulhafiz atau Ustaz Abd. Rahim sendiri?
Apakah mereka-mereka ini tidak layak untuk mengimamkan TPM dan Ramli Marcos?®