TANGKAP DEMONTRATOR, JIKA POLIS INGIN BUKTIKAN KEADILAN!!

Petang ini ahli-ahli UMNO sekitar Pulau Mutiara akan mengadakan demontrasi untuk menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengembalikan tanah dan rumah warisan Syed Alatas untuk projek Muzium Islam.

Demo itu adalah sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan parti komponen BN iaitu Koh Tsu Kon dari Parti Gerakan yang mahukan isu ini dibincang dimeja perundingan. Nampaknya jelas UMNO juga menggunakan 'taktik' yang sama sebagaimana majoriti rakyat yang membantah dalam siri demontrasi aman sepanjang setahun lalu sebagai membantah tindakan kerajaan BN mengenakan tekanan dan diskriminasi terhadap DSAI.

Jika pihak polis menghantar FRU, dan pasukan 'mossad'nya menghentam, membelasah dan memukul para demontrator di Lembah Kelang semenjak setahun lalu, maka Minda Rakyat menggesa polis melakukan sedemikian ke atas para demontrator yang jelas terdiri dari ahli UMNO sendiri di Masjid Melayu Sg. Aceh, Pulau Pinang.

Imej polis telah tercemar dan jatuh kerana bersekongkol dengan kerajaan BN memukul, menghentam dan membelasah para penyokong keadilan dan kebenaran di negara ini. Minda Rakyat menggesa JIKA BENAR POLIS TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN KERAJAAN BN DAN MAHU DIIKTIRAF SEBAGAI 'BEBAS' MAKA LAKUKAN SEDEMIKIAN KE ATAS AHLI UMNO PULAU PINANG yang berdemo hari ini!!!!®