PERASMIAN TMP 2000 DI KALANGAN ATLIT

Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Ramli Marcos benar-benar sudah dibenci rakyat. Hampir semua majlis rasmi yang diadakan di pulaukan oleh rakyat, termasuklah semalam iaitu majlis bersama TPM yang diadakan di kediaman resmi MB itu.

Justeru itu untuk meng'gah'kan majlis pelancaran Tahun Melawat Perak 2000 (TMP 2000) maka ia dilancarkan malam ini di Stadium Perak, bersama atlit dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK). Alasan yang diterima memang lojik iaitu untuk menjimatkan perbelanjaan kerana itu dibuat secara serentak dan waktu yang sama.

Soalnya mengapa dulu kerajaan tidak pernah memikirkan mahu 'menyatukan' dua atau tiga majlis serentak untuk menjimatkan perbelanjaan? Jawapannya mudah, ialah kerana dahulu rakyat akan hadir dalam apa jua acara Kerajaan BN, berbanding sekarang Kerajaan BN akan menumpang kehadiran rakyat dalam sesuatu majlis untuk apa-apa acara pun!!®