PERUMAHAN KOS RENDAH YANG MENYIKSAKAN!!

Bunyinya memang 'gah' kerana hasrat kerajaan mahu membantu rakyat memiliki rumah, dengan kos paling minima iaitu meningkat sedikit dari RM25,000 kepada RM35,000. Di sebalik keinginan yang kununnya iklas itu, Perak Corporation Berhad (PCB) anak syarikat PKNP telah mengeluarkan notis supaya rakyat yang terpilih untuk memiliki rumah kos rendah di Klebang (belakang kawasan industri Klebang), Ipoh membayar wang pendahuluan dan kos guaman sebanyak RM7,000!!!

Jika rakyat yang miskin dan dhaif mampu mengadakan wang sebanyak itu, Minda Rakyat percaya mereka tidak akan membeli rumah kos rendah, sebaliknya akan membina sendiri dan membeli tanah sendiri untuk kediaman masing-masing.

Rungutan yang diterima menyatakan bahawa kebanyakan dari mereka yang sudah ditemuduga dan terpilih itu akan melepaskan tawaran tersebut akan terus mendiami rumah setinggan atau menyewa selamanya.

Satu alternatif terbaik bagi sekitar 15,000 buah keluarga setinggan dan rakyat yang belum memiliki rumah bahawa jika anda MENGUNDI PARTI ALTERNATIF ANDA AKAN MEMILIKI SEBUAH RUMAH KEDIAMAN dalam tempoh selepas 5 tahun Kerajaan Alternatif memerintah.

Pilihan manakah yang bijak? Jawapannya ditangan anda sendiri!!!®