IBRAHIM ALI BERKOKOK LAGI

Sekali sekali merdu juga mendengar Ibrahim Ali Al-Kataki 'berkokok' ke sana kemari. Sebagai seorang kaki ampu dan kaki bodek, memang kerja Ibrahim Ali Al-Kataki akan mengampu dan membodek selagi terdaya untuk mengemaskan kerusinya yang kini suam-suam sejuk.

'Kokok'kan terkini dari Ibrahim ialah berhubung dengan 'fitnah'nya ke atas pembangkang yang didakwanya kini menggunakan cara baru untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan iaitu dengan mengedarkan risalah mengandungi 15 projek mega kerajaan yang membazir.

Taktik 'serang fitnah dengan fitnah' ini telah dilancarkan oleh Pembohong Malaysia, Maha Firaun pada mesyuarat MT UMNO kira-kira dua minggu lalu. UMNO menganggap majlis penerangan pembangkang sebagai medan fitnah yang perlu diserang kembali dengan fitnah.

Justeru itu tidak hairanlah jika seribu satu macam fitnah yang timbul terhadap pembangkang terutamanya PAS.

Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa 'Menangi' Fitnah Umno yang kini bebas memfitnah pembangkang.®