SYABAS CIKGU MATEMATIK SMK JABI

Cikgu Kedah 

Kami rakan sejawat saudara merasa bangga mempunyai rakan yang begitu peka , prihatin, bertanggungjawab malah kreatif  berinovatif  membentuk para pelajar yang prihatin kepada persekitaran yang ada. Syabas kepada saudara. Saudara lebih bermaruah daripada Pengarah Pendidikan Kedah malah lebih bermaruah dari pemimpin negara.  Sebagai pendidik sudah pastinya saudara peka dengan suasana yng sedang berlaku dan saudara mampu memanafaatkan kepekaan itu dalam bilik darjah. Saudara jangan bimbang andai tindakan diambil kepada saudara kami akan mencari peguam dan bersedia untuk membantu saudara dari segi kewangan, moral dan sebagainya. Saudara adalah lambang perjuangan kita semua. Kami saban hari mengikuti perkembangan saudara. Saya amat mengenali saudara.

 

Isu ini bukanlah telah besar jika hendak dibandingkan masalah besar yang sedang berlaku kepada pera pelajar khususnya dinegeri kedah. Tetapi apabila ianya dianggap cuba mencubit Mahadir  dan anak-anak nya serta kroninya maka dia digembar-gemburkan sedemikian rupa. Apakah Mahadir dan anak-anaknya serta kroninya tidak boleh disentuh sedikit pun ? Apa istimeanya mahadir ? Apa lebihnya anak-anak mahadir  ? maksumkah mereka?  Nabi pun mahadir berani menghinanya ? kenapa kita perlu rasakan isu soalan amatematik ini besar ? Tidak ada lebih dan istimewanya mahadir dan anak-anak serta kroninya disisi rakyat malaysia keseluruhannya .

Andai pengarah ingin mengambil tindakan terhadap saudara , maka menambahkan bukti kukuh bahawa pengarah sendiri terpengaruh dengan pemimpin politik dan suara politik. Kenapa pengarah masih memejam mata terhadap gejala murtad yang begitu berleluasa kepada para pelajar dinegeri Kedah khususnya di daerah Kulim. Sudah lebih 100 pelajar dimurtadkan.  Apakah maklumat ini tidak dibawa kepada Perdana Menteri, Menteri Pendidikan Menteri Besar. Exco pendidikan  dan mereka yang bertanggungjawab terhadap para pelajar ? Apakah mereka memang buta hati dari hidayah Allah ? Apabila pelajar  melayu dimurtadkan , mulut mereka terkunci seribu bahasa. Seolah-olah mampus pi lah dengan mereka. Ia tidak menggangu mahadir dan anak-anaknya apatah lagi kroninya. Mustahil Pegawai PPD Kulim tidak memberitahu Pengarah JPN Kedah masalah murtad yang begitu berleluasa di Kulim.Mustahil pejabat agama kulim tidak memaklumkannya kepada Exco Agama dan Eco Pendidikan Kedah. Semua dalam maklumat kami pemakluman tersebut. Ia bukan sekadar menyentuh keyakinan Islam kita malah terang-terang mencabar kesabaran dan keimanan kita.

Namun bila PM @ P**I**k nie tak buat apa-apa komen terhadap isu murtad ini , maka semua orang tak ambil peduli. Jelas mereka idak ada iman, tidak sensitif terhadap maruah Islam. Hati mereka sudah tertutp rapat untuk peka terhadap islam.

Bila sentuh dan cubit sedikit mahadir dan keluarganya serta kroninya semua rasa sakit, nak tunjuk prihatin terhadap mahadir dan anak-anaknya konon. Riuh rendah seluruh dunia. TV 3 beri masa yang panjang mengulas isu ini.  Berbanggalah YB Mat lebai sudin kononnya terbela ketua shitnya, banggalah barua umno di SMK Jabi berjawatan sebagai pembantu makmal kononnya telah berjaya memertabatkan maruah PM namun dirinya sendiri masih dengan kereta buruk yang sudah reput dindingnya disana sini diberi RM470.00 gaji bulanannya( baru sebelah tayar kereta mat lebai sudin).

Para guru semua bersedialah kita semua untuk membantu sahabat kita nie dari dizalimi. Insyallah jika JPN bertindak ganas lagi zalim kita akan lancarkan tabung guru bagi membantu kos guaman dan sebagainya. Bersedialah para guru. Dan yang penting teruskan usaha kita bagi memertabatkan maruah pendidikan dengan memastikan BN tumbang.

Jom Tolak BN ®