BILA SUDAH TERHUTANG BUDI..

Sungguh melucukan apabila bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba mencadangkan supaya semua fatwa yang dikeluarkan PAS dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Raja-Raja untuk diputuskan semula.

Beliau mendakwa kebanyakan fatwa yang dikeluarkan PAS dari sehari ke sehari didapati banyak yang bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam semata-mata untuk disesuaikan dengan suasana menjelang pilihan raya umum. Ghaffar juga berkata bahawa pemimpinan PAS mengeluarkan fatwa yang menyeleweng itu secara suka-suka sendiri.

Persoalannya mengapa UMNO tidak mengeluarkan fatwa jika mampu berbuat demikian? Jawapannya ialah kerana ulama majoriti berada dalam PAS, parti Islam terbesar di negara ini masa kini.

Ghaffar Baba adalah antara TPM yang menerima pemecatan sebagaimana Musa Hitam dan DSAI. Walau bagaimana pun beliau terselamat dari muflis apabila hutang-hutangnya dibayar menerusi arahan PM Maha Firaun.®