Bukanlah sesuatu yang baru dan janggal jika kita mengatakan bahawa kemenangan UMNO selama 42 tahun dan lebih-lebih lagi 20 tahun kebelakangan adalah atas fakta rekaan yang mempengaruhi rakyat hingga terjebak mengundi BN!!!!
Justeru itu BN dengan sedaya upayanya menggunakan taktik lama dan pengalamannya untuk kembali berkuasa selepas pilihanraya umum negara ke 10. BN janganlah terlalu berharap sangat akan kedudukan itu, apa lagi untuk berbangga dengan pencapaiannya selama ini dalam merealisasikan hasratnya. Pasukan bolasepak gergasi dunia seperti Brazil juga mudah tumbang jika faktor-faktor utama gandingannya kian lemah dan kelemahannya kian ketara.
Bermula dengan 'perangi fitnah dengan fitnah' anjuran Perdana Menteri Maha Firaun, maka jentera BN bergerak dipelusuk kampong dan desa, rantau dan kota. Maka dalam tempoh itu berbagai perkara lucu timbul dan tidak masok akal kepada orang-orang Islam yang waras dalam menghadapi fitnah terhadap PAS. Pada amalannya yang menjadi ahli PAS kebiasaanya 'Islam' dahulu baru memasuki PAS. Dengan ertikata lain manusia yang bertaubat dan menyesal di atas perbuatan dan langkahnya yang dahulu, banyak kedapatan dalam PAS. Sebaliknya yang masih angkuh dan alpa masih dalam UMNO.
Tidak keterlaluan jika saya katakan kerana itulah PAS sebuah wadah yang suci kerana dipenuhi di dalamnya manusia yang sudah mensucikan diri mereka di atas kesalahan dan kelemahan mereka selama ini, juga rasa terpedaya, angkuh dan sombong semasa dalam UMNO.
Kebangkitan Islam amat dirasakan apabila negara jiran Indonesia berjaya dalam perjuangannya melantik seorang ulama menjadi seorang umarak. Ini semua berlaku atas kehendak Allah. Dan sebagai manusia yang mengaku ahli sunah ia juga adalah atas kehendak manusia. Justeru tidak akan berlaku sesuatu tanpa sebab musababnya, maka tidak akan berlaku kemenangan pemimpin Islam di Indonesia jika tidak rakyat yang memilihnya!!
Sebagai seorang Islam kita beriman dengan Al-Quran. Justeru itu hendaklah kita mengangkat kitab Allah itu menjadi perlembagaan hidup kita. Begitulah falsafah perjuangan PAS yang berjuang untuk kemenangan bagi agama Allah. Perjuangan ini adalah murni di sisi Tuhan dan dibayar dengan pahala jika kita ikhlas berjuang dengan niat yang betul. Gugurnya kita sebagai pahlawan mati terbilang, asy syahid!!!
Oleh itu perjuangan PAS bukanlah perjuangan politik semata. Kuasa diperlukan untuk merubah segala sistem kekuasaan bercorak penjajahan barat kepada sistem Islam bercorak Al-Quran dan Hadis. Perjuangan ini memerlukan kekentalan, kejituan dan kemantapan iman.
Ia berbeza dari perjuangan UMNO yang mahu menang semata-mata. Tidak untuk mendirikan negara Islam. Jauh lagi mahu menukarkan sistem jahiliyah yang dicedok dari falsafah barat dengan falsafah Al-Quran dan Hadis yang didakwa mereka sebagai kolot dan ketinggalan zaman!!
Oleh itu tidak hairan jika kita lihat pelbagai cara UMNO mahu memenangi pilihanraya kali mendatang. Bermula dari api fitnah, merendahkan kemampuan pembangkang, menekan rakyat dengan undang-undang, menyekat sokongan kakitangan kerajaan dengan 'ugutan', provokasi, propaganda, menipu mengundi, dan lain-lain cara yang difikirkan mampu membawa kemenangan mutlak kepada BN.
Malangnya taktik UMNO itulah yang ketinggalan zaman. Hendak diperluas agendanya melalui suratkhabar, rakyat tidak lagi baca akhbar. Hendak dipertontonkan melalui TV, rakyat sudah melupakan rancangan TV. Siri ceramah UMNO/BN tiada sambutan rakyat. Sebaliknya parti alternatif dikerumuni dengan jumlah puluh ribuan tanpa diundang dan janjian barang pengangkutan atau wang.
Justeru itu kita melihat perjuangan ahli PAS sebagai perjuangan murni kerana bermula dari keikhlasan. Segalanya ikhlas dan bukan paksaan. Sebaliknya setiap kali ceramah mereka hulurkan bantuan untuk kebangkitan semangat dan modal bagi menjalankan operasi. Perjuangan yang sesuci ini sudah bermula puluhan tahun dan sewajarnyalah PAS kini meraih hasilnya yang lumayan. Buktinya ahli PAS sejati tidak mundur. Keahliannya jelas bertambah dan tidak pernah terkurang.
Dengan jangkauan keahlian melewati 1.2 juta, kini PAS muncul sebagai parti Islam terbesar untuk umat manusia di Malaysia. Berbanding dengan parti Melayu yang didakwa memiliki 2.8 juta orang ahli itu, (antaranya mungkin nama saya kerana dilantik sebagai ahli tanpa pengetahuan saya sendiri yakni untuk beberapa orang tertentu menubuhkan cawangannya yang memerlukan 25 orang ahli bagi melobi satu projek) PAS sebenarnya sudah berada di hadapan. Hanya beberapa sentuhan yang cantik akan melayakkan PAS memenangi siri pilihanraya umum negara akan datang.
Antara PAS dan UMNO saling memiliki perbedaan yang semakin ketara terutama menjelang alaf baru. Ada pula yang mahu menamakan PAS sebagai PIS, sebagai bukti kegagalan kerajaan BN melahirkan warganegara 'celik jawi'.
Menjelang mellineum baru, jika PAS mahu ditakrifkan sebagai Parti Alaf Siber, UMNO pula apa?
POLONG CYBER®