Anak Buloh Betong
Dalam perbicaraan Jumaat kelmarin, Ariffin Jaka si hakim pengecut telah meminta peguambela Anwar, Karpal Singh supaya membuat afidavit menghina Mahkamah ke atas Mahathir kerana beberapa siri ucapannya kebelakangan ini terang dan jelas menghina mahkamah. Kita merasa hairan bagaimana hakim bodoh ini meminta Karpal pula yang membuat permohonan dengan afidavit sedangkan sebelum ini, beliau dengan serta merta mengenakan tuduhan menghina mahkamah ke atas Dr Chandra Muzaffar kerana membuat ulasan ke atas kes Anwar.
Seolah-olah seperti kilat yang menyambar, beliau begitu sensitif terhadap tulisan Dr Chandra dalam Harakah dan Internet mengenai kes berkenaan, tetapi bila giliran si Mahathir gila yang bertubi-tubi membuat ucapan, si Ariffin pengecut ini takut setakut-takutnya untuk mengenakan tuduhan menghina mahkamah ke atas Mahathir, walaupun terang dan jelas ucapan si Firaun gila itu menghina mahkamah.
Saya rasa tidak perlu kita semua meminta maaf dengan kerana mengatakan bodoh kepada hakim ini. Kebodohannya samalah seperti Augustine Paul yang tak pernah relevan itu. Arifin dan Paul sememangnya hakim bodoh kerana sanggup membiarkan dirinya menjadi alat dan diperalatkan oleh penjahat-penjahat seperti Mahathir yang memegang tampuk kekuasaan.
Orang yang rela membiarkan dirinya menjadi alat dan diperalatkan adalah seorang yang tiada maruah dan pendirian. Adakah Arifin menganggap Mahathir si gila itu yang memberikannya rezeki atau pun Allah ? Adakah beliau menyangka kalau dipecat oleh Mahathir si Firaun itu maka akan mati kebuluranlah beliau dan keluarganya? Tidakkah beliau nampak dan sedar bahawa tertuduh yang sedang dibicarakannya sekarang ini, DSAI, dahulunya mempunyai pangkat dan kedudukan yang jauh terlebih tinggi daripada beliau sekarang, tetapi kerana mempunyai maruah dan harga diri serta tidak sanggup menjadi alat dan diperalatkan oleh si Firaun gila itu, Anwar memilih untuk menentang secara berprinsip manusia kejam bernama Mahathir itu.
Kalau Anwar yang berjawatan TPM pun sanggup kehilangan pangkat dan kedudukannya, kenapa Ariffin yang cuma menjadi seorang hakim, yang gajinya tidak seberapa itu tidak sanggup menjadi seorang manusia yang berprinsip dan berpegang kepada kebenaran ? Kenapa Arifin sanggup menjadi ‘pelacur’ dan melacurkan kewibawaan institusi kehakiman hanya kerana ingin menjaga temboloknya dan hawa nafsu si Mahafiraun puaka itu ?
Ariffin Jaka….awak tak perlu merasa marah dengan tulisan saya ini, yang mungkin keras bahasanya, tetapi Ariffin, ketahuilah ubat yang mujarab biasanya yang pahit kerana kepahitan itu jika ditelan akhirnya akan menjadi penawar.
Saya rasa kebodohan awak melacurkan diri untuk menjadi alat kepada penjenayah-penjenayah rakyat itu sungguh jijik dan menjijikkan. Untuk apa gelaran ‘Yang Arif’ yang dipanggil orang di mahkamah, jika akal anda yang Tuhan berikan itu langsung tidak berfungsi sehinggakan keterangan ahli zina seperti Azizan itupun boleh diterima ? Saya kesian melihat awak mengendalikan sesi perbicaraan mahkamah terhadap kes Anwar itu wahai “Yang Arif”, sebab nampak sangat kebodohan awak sebagai seorang hakim, sebagai seorang lelaki, sebagai seorang yang terpelajar dan yang lebih penting, sebagai seorang Islam.
Sebagai seorang hakim, anda begitu ketara berat sebelah dan tidak profesional. Nampak sangat anda tidak dapat menunjukkan kewibawaan. Bila si Mohtar Dugong durjana tu berhujah itu dan ini, yang semata-mata hujah rapuh dan goyah, cepat-cepat awak menerima dan bersetuju. Tetapi bila Karpal dan Fernando yang berhujah, walaupun fakta yang teramat kukuh dan jitu, anda menolaknya mentah-mentah. Hakim apakah awak ini wahai anak Jaka ?
Saya tak tergamak nak mengatakan awak ni macam hakim beruk, tetapi rakyat boleh menilai sendiri setinggi mana taraf awak sebagai seorang hakim yang berwibawa. Tidak adakah secebis rasa malu dan aib dalam diri awak ? Sebagai seorang lelaki saya tidak percaya awak ini sebagai anak jantan. Awak cuma berani bertindak kepada ikan bilis atau mereka yang tidak ada kedudukan sahaja. Kepada yang ada kuasa dan kedudukan, awak takut dan kecut perut dan lidah awak terkelu seperti berhadapan dengan malaikat maut.
Awak takutkan Mahathir mengatasi takut kepada Allah s.w.t. Kalau sayalah menjadi awak, di dalam mahkamah itu jugalah saya mengisytiharkan meletak jawatan serta merta. Kalau awak anak jantan, saya mencabar awak berbuat demikian. Dan jika awak berani berbuat demikian, saya yakin, yang sakit jantung bukannya awak, tetapi kepala konspirator bernama Mahafiraun itu !
Sebagai seorang terpelajar, tindak tanduk awak di mahkamah nyata tidak membayangkan taraf IQ awak. Kalau dulu awak mengatakan Azizan mempunyai IQ yang rendah, tetapi saya berpendapat awak pun tiada bezanya dengan Azizan. Kalau Azizan ahli zina dan pembelit itu pun awak boleh percaya walaupun jelas keterangannya suatu keterangan gila babi, apa bezanya IQ awak dengan IQ seorang penoreh getah ? Awak hanya menggunakan kedudukan awak sebagai seorang hakim untuk menjadi '‘alas kaki’ kepada arahan-arahan Mahafiraun itu untuk berbuat aniaya kepada Anwar walaupun hati kecil awak sendiri percaya Anwar memang tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Jadi, apa maknanya awak belajar tinggi kalau harga diri dan prinsip ditentukan oleh orang lain ?
Sebagai seorang Islam, ternyata awak seolah-olah menghina dan memperlekeh-lekehkan hukum Allah. Dalam Al Quran sudah jelas Allah memberi peringatan bahawa orang fasik dan ahli zina sama sekali tidak boleh diterima kesaksian mereka. Tapi bagi awak, kesaksian orang fasik dan ahli zina adalah relevan. Apakah awak mengira kedudukan mahkamah sivil tidak ada kena mengena dengan akidah seseorang ? Apakah awak menyangka Allah tidak melihat atau mengetahui apa yang awak lakukan di mahkamah sivil ? Adakah awak ingat si Firaun gila itu akan dapat menyelamatkan diri awak dari balasan api neraka di akhirat kelak. Adakah awak ingat si Firaun gila itu akan mempertahankan nasib awak dari menghadapi pengadilan Allah di Padang Mahsyar kelak ? Apakah awak tidak beriman kepada Allah hai Ariffin Jaka ? Apa akidah awak sebenarnya ini ?
Ariffin, bertaubatlah sebelum malaikat maut datang mencabut nyawa anda. Bagaimana anda hendak mengadapi sakaratul maut bilamana awak berbuat aniaya kepada insan yang tidak bersalah dan bagaimana awak nak menuntut maaf daripada Anwar dan keluarganya di akhirat kelak kesan perbuatan jahat awak bersekongkol dengan bajingan-bajingan Enam Jahannam tersebut ? Di atas dunia ini mungkin awak merasa awak ada kuasa untuk menghukum orang itu dan orang ini menurut hawa nafsu awak dan tuan awak. Tetapi bagaimana pula nasib awak di akhirat kelak ? Adakah awak rela menjadi manusia bangsat dan hina – yang bangsat dan hina di sisi manusia serta bangsat dan hina di sisi Allah s.w.t. ? Adakah awak merasa segala tindak tanduk dan perbuatan awak di atas dunia ini hanya habis setakat di sini sahaja tanpa dipedulikan oleh Allah langsung ? Apakah awak mengira awak hanya bertanggungjawab untuk memuaskan hati dan nafsu si keparat Mahafiraun itu semata-mata tanpa terikat dengan soal hukum hakam dan batas- batas Allah ? Apakah awak takutkan Mahafiraun gila itu melebihi takut awak kepada Allah wahai Ariffin Jaka ? Usahlah berbohong dengan mengatakan awak takutkan Allah walhal tindak tanduk awak di mahkamah jelas yang awak takutkan Mahathir melebihi takutkan Allah ! Bukanlah suatu rahsia bahawa awak menerima arahan-arahan langsung daripada Mahafiraun itu atau melalui barua-baruanya mengenai apa yang sepatutnya dilakukan oleh awak untuk menghadapi kes Anwar itu.
Kembalilah ke jalan Allah dan kebenaran wahai Ariffin Jaka ! Jadilah seorang manusia yang bermaruah dan punya harga diri. Tiada gunanya hidup jika jasad sahaja yang merdeka tetapi jiwa menjadi hamba abdi. Jika tidak, katakan sahaja…. SAYA MEMANG TAKUT DENGAN MAHATHIR !! ®