MENGAPA FITNAH DIKAITKAN DENGAN PAS?

Kenyataan Dr. Yusof Nor bahawa PAS kini semakin berani membuat fitnah yang bukan-bukan tanpa sempadan dalam usaha untuk memenangi pilihan raya akan datang adalah kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

Beliau mendakwa pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini dilaporkan meminta pengikut mereka berhenti daripada membuat fitnah. Malangnya Yusof Nor tidak melihat bahawa api fitnah sebenarnya bermula dari dalam UMNO sendiri. Segala dakwaan terhadap 'fitnah PAS' tidak ada buktinya.

Sebaliknya, di penjara Sg. Buloh masih ada seseorang yang terpenjara, menjadi bukti bahawa UMNOlah pengamal fitnah memfitnah. Untuk melindungi perbuatan itu, mereka tuduh orang lain pula yang gemar memfitnah!®