KU LI KATA PAS KELANTAN GAGAL?

Ku Li tidak jemu-jemu memfitnah PAS untuk meraih simpati dan perhatian rakyat terhadap beliau. Kali ini beliau disifatkan berkata bahawa rakyat Kelantan akan terus terhimpit apabila pentadbiran kerajaan negeri muflis dan tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan negeri serta meneruskan agenda perjuangan membela nasib rakyat.

Dakwa Ku Li kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemerintah berikutan tiada kepakaran pentabdiran negeri dan peningkatan ekonomi.

Menurutnya, pembangunan dan tuntutan rakyat terhadap kemudahan prasarana selama ini tidak terlaksana kerana kerajaan Pas Kelantan tidak mampu membiayainya.

Dalam kenyataan terdahulu, MB Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak akan melaksanakan projek pembangunan di mana rakyat Kelantan tidak mampu memilikinya. Ini menjelaskan kepada kita bahawa kerajaan PAS Kelantan amat menitikberatkan kebajikan rakyat.

Tidak ada ertinya bangunan yang tinggi megah tetap rakyat hanya mampu melihatnya dan bangunan itu pula dimiliki oleh orang lain dan kosong terbiar.®