Menang bersorak nampaknya BN apabila PAS bersetuju menggugurkan penubuhan negara Islam dalam manifesto pilihanraya Kerajaan Alternatif. Walau pun itu benar, namun pembentukan kerajaan Alternatif yang bersandarkan keadilan sejagat itu sebenarnya secara automatis sudah bergerak ke arah negara Islam.
Kenyataan itu lebih manis apabila DAP, PRM yang sebahagian besar ahlinya bukan Islam bersetuju untuk membentuk sebuah negara yang adil, dinamis dan memberikan ruang yang lebih kepada rakyat. Ia jauh lebih baik daripada falsafah kerajaan BN yang ada sekarang, yang mengutamakan kroni dan menolak kepentingan majoriti rakyat.
Apa yang lebih utama Kerajaan Alternatif yang mahu dibentuk tidaklah sebagaimana Kerajaan BN yang dengan nyata dan terang tidak akan melaksanakan hukum hudud, apa lagi pembentukan sebuah negara Islam.
Walau pun dalam manifesto Kerajaan Alternatif, perkataan 'negara Islam' tidak disentuh, namun secara praktikalnya sudah ada ura-ura ke arah yang sedemikian. Manakah lebih baik, daripada melakukannya tanpa dicanang atau mencanang tidak akan melakukannya?®