RADIO DAN TV HANYA UNTUK UMNO!!

Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) tidak mempunyai ruang untuk diberikan kepada parti-parti politik berkempen semasa tempoh pilihan raya umum, kata Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob. Namun UMNO dan BN seringkali mendapat tempat untuk kempen politik mereka.

Justeru itu setiap program yang melibatkan BN dan parti komponennya akan disiarkan secara langsung oleh RTM. Jelas kerajaan telah menyalahgunakan kesempatan ini di atas lesen yang dibayar oleh rakyat.

Sehingga keadilan dilaksanakan dalam program TV dan radio, rakyat diseru memboikot supaya jangan memperbaharui lesen radio dan tv anda. Kerajaan yang adil adalah untuk semua bukan segelintir rakyat sahaja.®