keZALIMan UMNO (SIRI 3)

Awang Lepuk

 - cetak - sebar secara ADIL - PAS kepada semua -

  1. Pada 1984/85, Bank Bumiputra Malaysia Berhad telah mengalami kerugian akibat daripada skandal BMF di Hong Kong. Akibatnya, wang rakyat sebanyak RM 4,000,000,000 dari Petronas telah digunakan untuk memulihkan semula operasi BBMB.
  2. Pada 1988/89, Bank Bumiputra Malaysia Berhad sekali lagi mengalami kerugian besar. Sekali lagi wang rakyat sebanyak RM 4,000,000,000 dari Petronas digunakan untuk memulihkan semula operasi BBMB.
  3. Pada 1998/99, Bank Bumiputra Malaysia Berhad mengalami kerugian lagi. Dan kali ini riwayat BBMB terus tamat. BBMB telah ditelan oleh sebuah bank yang lebih kecil daripadanya iaitu Bank of Commerce dalam operasi merompak kekayaan negara oleh Daim Zainuddin. Dengan tamatnya riwayat Bank milik Bumiputra ini maka terbuktilah sudah bahawa UMNO adalah parti yang menjahanamkan bangsa Melayu dan kaum Bumiputra lain.
  4. Selepas membuat perancangan rapi, Tan Sri Rashid Hussain iaitu pemilik saham terbesar RHB Capital telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah dan Pengerusi Jawantankuasa Eksekutif Khazanah Holding yang dimiliki oleh kerajaan pada 19 Disember 1998. Perletakan jawatannya itu hanyalah satu muslihat untuk menipu tindakan 'bailout' yang telah dibuat olehnya semasa berkuasa di Khazanah Holding. Lima hari kemudian, iaitu pada 24 Disember 1998, penipuannya terbongkar apabila Khazanah Holding mengumumkan akan membeli 30 % kepentingan RHB Bank yang dikuasai oleh Rashid Hussain melalui syarikat RHB Capital. Kini, tanpa diduga olehnya, RHB Bank berkemungkinan besar akan hilang dan lenyap akibat daripada proses penggabungan bank yang diarahkan oleh Daim Zainuddin.
  5. Duit rakyat termasuklah golongan miskin akan dirompak dan digunakan secara paksa untuk menyelamatkan kroni dan korporat Dr Mahathir / Daim / UMNO yang kaya raya tetapi tidak mahu membayar hutang yang ditanggung oleh mereka. Hal ini diumumkan sendiri oleh Daim Zainuddin yang berkata, Malaysia memerlukan RM 60,000,000,000 untuk memulihkan semula ekonomi negara diantara tahun 1998 ke 2000. Katanya, sebahagian besar daripada jumlah RM 60,000,000,000 itu akan diperolehi dari sumber dalam negara iaitu KWSP, SOCSO, Petronas dan Syarikat-Syarikat Insurans. Rancangan pemulihan tersebut termasuklah usaha untuk mengambil alih hutang tidak berbayar yang dilakukan oleh syarikat-syarikat korporat besar yang sudah semestinya kroni kepada Dr Mahathir, Daim dan UMNO.
  6. Dr Mahathir secara terbuka menghina umat Islam Malaysia apabila dia menjemput pasukan kriket Yahudi ke Malaysia pada April 1997. Pihak polis yang berada di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri (yang diketuai oleh Dr Mahathir) telah menangkap dan mendakwa 50 orang Islam Malayia yang membuat demonstrasi aman membantah kehadiran pasukan kriket Israel tersebut. Malahan Dr Mahathir dengan sombongnya telah menghina umat Islam Malaysia apabila dia mengatakan orang Islam Malaysia yang berdemonstrasi aman tersebut sebagai BODOH. Tindakan Dr Mahathir ini jelas menunjukkan bahawa dia adalah agen ZIONIS nombor 1 di Malaysia.
  7. UMNO membuat fitnah besar apabila mengatakan parti Islam PAS adalah berfahaman SYIAH dan KHAWARIJ.
  8. Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Isa Abdul Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih tanah yang diduduki oleh Telekom, Masjid Negeri dan Pejabat Agama Islam di Seremban untuk dimajukan. Tetapi tapak KUIL di kawasan yang sama langsung tidak berani disentuh olehnya. Adakah Isa Abdul Samad seorang Islam ?
  9. Semasa Negeri Sembilan dilanda wabak J.E. di Bukit Pelanduk, ramai rakyat yang mati. Menteri Besar, Isa Abdul Samad didapati telah melarikan diri, bersembunyi dan berdiam diri sahaja. Terdapat berita yang mengatakan bahawa Isa Samad sendiri mempunyai saham di dalam perusahaan BABI tersebut. Sehingga sekarang Isa Samad tidak pernah menafikannya. Inilah sikap sebenar Menteri Besar UMNO !
  10. Semasa kes MURTAD Aisyah Bokhari berlaku di Seremban, kerajaan UMNO pimpinan Isa Samad telah meluluskan projek membina GEREJA sebagai pusat melatih pendakwah Kristian yang terbesar di rantau ini di Negeri Sembilan. Seharusnya kes murtad Aisyah Bokhari tersebut diberi perhatian yang paling serius oleh Isa Samad, tetapi malangnya dia telah bersubahat meluluskan pembinaan GEREJA yang terbesar. Adakah Isa Abdul Samad seorang Islam ?
  11. Untuk membuatkan rakyat Malaysia lupa dan bodoh dengan keZALIMan Dr Mahathir dan UMNO, Singapura telah dijadikan sebagai 'Kambing Hitam'. Tindakan Dr Mahathir mengutuk Singapura yang ingin memindahkan Pusat Kastam dan Imigresen Malaysia (CIQ) di Tanjung Pagar hanyalah lakonan Dr Mahathir dan UMNO semata-mata. Lakonan ini terbongkar apabila kerajaan UMNO secara jelas telah gagal menfailkan hujah undang-undang dalam pertikaian CIQ tersebut sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 15 Disember 1998. Walhal, tarikh tersebut telahpun dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura sendiri. Malahan, Singapura juga telahpun mengingatkan Malaysia tentang hal tersebut pada 11 Disember 1998.
  12. Semasa berada di dalam parti Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah telah BERSUMPAH tidak akan mencium tangan Dr Mahathir. Ibrahim Ali pula telah bersumpah akan mencium BONTOT Dr Mahathir jika dia memasuki UMNO (BARU) semula. Kini apa yang telah berlaku ?. Inilah pemimpin MUNAFIK yang terdapat di dalam UMNO (BARU).
  13. Tengku Razaleigh Hamzah telah membuat fitnah besatr apabila mengatakan parti Islam PAS memungkiri janji dengan tidak memberi jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada Semangat 46. Walhal, mengikut perjanjian asal, KULI berjanji akan meyerahkan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk ditadbir oleh PAS jika mereka menang di dalam pilihanraya 1990. KULI pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Semua perjanjian ini mempunyai dokumen dan disokong oleh laporan-laporan, terutamanya oleh akhbar WATAN bertarikh 2 Februari 1991.
  14. Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Syed Ahmad Aidid pernah membuat SURAT TERBUKA yang menceritakan bagaimana HAKIM boleh dibeli, diberi tiket untuk melancong, diupah seks dan sebagainya. Kerajaan UMNO langsung tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Syed Ahmad Aidid. Malahan siasatan terhadap dakwaan tersebut juga tidak dilakukan. Ini membuktikan bahawa kenyataan Syed Ahmad Aidid tersebut adalah benar. Apabila melihat kepada perjalanan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang, maka dakwaan tersebut ternyata amat benar sekali. Sistem Kehakiman Malaysia sekarang benar-benar berada di paras yang paling rendah dan hina sekali. Tidak ada lagi rakyat Malaysia yang dapat meyakinkan diri mereka untuk memberi kepercayaan kepada sistem Kehakiman Malaysia yang ada sekarang. Sungguh memalukan !
  15. Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO kawasan Jabi di Terengganu iaitu Mohd Lukman Muda telah membuat pengakuan bahawa dia telah menghalang para penyokong parti Islam PAS daripada mendaftar sebagai pengundi pilihanraya. Tindakannya memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya demi kepentingan politik sempitnya itu jelas membuktikan bahawa UMNO dan SPR sememangnya mempunyai komplot jahat untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional secara haram di dalam setiap pilihanraya di Malaysia.®