Media UMNO tidak malu untuk berbohong secara terang-terangan mengenai kehadiran jumlah ahli UMNO dan parti komponen BN dalam sambutan jubli perak Barisan Nasional (BN) di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Menurut BERNAMA sahaja lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan raksasa.
Bagaimana untuk mencapai 100,000 orang sedangkan kamera TV begitu terhad batasan mereka dan kerap kali tidak dapat mengelak memfokuskan gambar kerusi
penonton yang kosong. Juga di atas padang hanya tidak lebih 2,000 orang dalam perbarisan tersebut. Demikianlah sokongan rakyat kepada BN yang kian
merosot walau pun disediakan pengangkutan dan makanan percuma.
Sementara itu hampir di setiap negeri mengadakan pesta hiburan untuk menarik kunjungan muda mudi menghadiri majlis sambutan 25 tahun BN.
Di Ipoh, beratus-ratus buah bas sekolah dan bas ekspress digunakan bagi mengangkut penduduk dari seluruh negeri hadir ke Stadium Indera Mulia. Kehadiran sekitar 5,000 orang bagaimana pun dilaporkan menjadi lebih 15,000. Rata-rata mereka adalah wanita dalam lanjut usia.
Jelas BN memperalatkan wanita tua dalam golongan sasaran mereka di negeri ini. Perkara ini seharusnya mendapat perhatian kepimpinan BA untuk
menyampaikan dengan jelas maksud perubahan hingga ke golongan sasar ini.
Dalam ucapannya, Menteri Besar Tan Sri Ramli Marcos, anak didik DSAI yang kini mengampu Maha Firaun itu dalam ucapannya dengan angkuh sekali berkata
parti pembangkang tidak layak memerintah negara kerana mereka terbukti mengamalkan pembohongan dan sering berdusta kepada rakyat.
Memang rakyat tidak buta tuli dan amat peka sekali dengan apa yang diperlakukan sepanjang beliau memerintah negeri Perak selama 15 tahun kerana
penduduk setinggan berjumlah 15,000 orang pun beliau tidak mampu mengeluarkan hakmilik atau melaksanakan program perumahan rakyat yang teratur.
Selain itu rakyat juga tahu bahawa exco kerajaan negeri bersidang hanya untuk membahagikan kekayaan negeri kepada wakil rakyat BN dan kroni mereka. Ramli Marcos dibela dengan mewah oleh Chung Kai Chen seorang tokeh balak, selepas aktiviti perlombongan menuju zaman gelap.
Selain itu Ramli Marcos juga menggunakan PKNP untuk mengaut tanah-tanah yang ada dalam Lembah Kinta di bawah tindakan pengwartaan sebagai hak milik PKNP hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak itu selayaknya sebagai Perampas Kekayaan Negeri Perak!!®