PM Maha Firaun berkata pemimpin dan parti-parti pembangkang perlu menggugurkan perjuangan sia-sia mereka kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa
kebaikan kepada negara. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 BN di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini
malam tadi.
PM Maha Firaun juga menuduh pakatan parti-parti pembangkang melalui apa yang dipanggil Barisan Alternatif, hanyalah merupakan satu cubaan untuk menipu
sesama mereka sendiri.
Dengan angkuhnya PM Maha Firaun itu berkata tidak seperti BN dan parti-parti komponennya ditubuhkan untuk membela nasib rakyat, parti-parti
pembangkang berjuang dengan agenda masing-masing termasuk untuk membela nasib seorang pemimpin yang telah disingkirkan dari kerajaan dan UMNO.
Maha Firaun juga berkata rakyat mestilah menyokongnya sebagai presiden UMNO dan pengerusi BN ialah kerana beliau menyokong perjuangan BN dan
parti-parti komponennya.
Sambil menafikan perjuangan BN bukanlah satu perjuangan peribadi untuk membela nasib pemimpin, Maha Firaun itu dengan muka
selamba berbohong ke seluruh negara kerana rakyat tahu pemimpin mana dalam UMNO yang tidak memiliki kemewahan walau hanya seorang Wakil Rakyat.
Maha Firaun itu juga dengan angkuhnya berkata, "Kalau saya berkelakuan buruk, membuat sesuatu perkara kotor yang ditegah agama dan undang-undang
singkirlah saya, saya tidak akan minta sokongan sesiapa kalau saya berbuat demikian".®