KENAPA CIK DET MENYIBUK FASAL NEGARA ISLAM?

Cik Det dilaporkan berkata kesanggupan PAS meminda perlembagaannya bagi menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, jika ada, akan membuktikan sama ada parti itu ikhlas dalam pakatannya dengan parti-parti pembangkang lain.

Persoalannya mengapakah Cik Det begitu sibuk dengan perlembagaan PAS dan negara Islam sedangkan ketika diaju kepada beliau hukum hudud pun ditolak dengan mentah?

Maha Firaun itu juga akan membandingkan perlembagaan PAS dengan persetujuannya yang dicapai melalui manifesto Barisan Alternatif.

"Apakah dalam perlembagaannya, PAS berkata dia berjuang untuk sebuah negara Islam?. Kalau dalam perlembagaan itu dia sebut demikian, kita nak tahu sama ada dia akan buat pindaan untuk menggugurkan hasrat untuk menubuhkan negara Islam.

"Kalau dia sanggup buat demikian, barulah kita tahu dia tidak berhajat untuk menipu DAP," katanya kepada pemberita slepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam, di sini.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, diminta mengulas manifesto Barisan Alternatif yang dianggotai PAS, DAP, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia setebal 45 muka yang tidak menyentuh isu penubuhan negara Islam.®