PAS MAHU KESALAHAN MURTAD DIHUKUM

Timbalan Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Islam memperuntukkan hukuman berat terhadap orang murtad kerana apabila seseorang itu murtad dia telah mengkhianati janjinya dengan Allah. Justeru itu PAS mahu supaya hukuman berat dikenakan terhadap pesalah murtad di negara ini kerana ia berkaitan dengan keselamatan dan maruah umat Islam.

Abdul Hadi berkata, semua negara dalam dunia termasuk Amerika dan Jepun serta negara-negara Komunis mengenakan hukuman berat terhadap pengkhianat, begitu juga dengan negara Islam.

PAS pernah mengemukakan usul mengenai perkara itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat agar perlembagaan negara dipinda bagi membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah murtad tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh kerajaan.®