URA-URA PENGHARAMAN HARAKAH

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid, berhubung tindakan akan mengharamkan Harakah dilihat sebagai bersifat diskriminasi, pencabulan terhadap kebebasan akhbar dan provokasi terhadap parti pembangkang khususnya PAS.

Datuk Azmi mendakwa, Harakah banyak menimbulkan perpecahan perpaduan rakyat dan menyebar fitnah. Kenyataan Datuk Azmi jelas tidak menghormati perasaan rakyat Malaysia berjumlah lebih 1.3 juta orang yang menjadi ahli PAS.

Kerajaan perlu bertanggungjawab sekiranya mahu menarikbalik permit KDN terhadap Hakarah kerana ia membawa kesan sampingan yang besar.

Selain jumlah kerugian yang mesti dibayar selama tempoh penahan balik itu, kerajaan BN juga perlu memikirkan apakah sumbangan mereka sebagai pampasan terhadap beribu jumlah wartawan Harakah demi menyara kehidupan mereka.

Segala jentera Harakah perlu dinilai dan diambilkira kerugian daris segenap sudut. Sementara itu, jika bersesuaian Harakah perlu melihat kenyataan Datuk Azmi sebagai satu provokasi terhadap pembangkang dan kebebasan akhbar. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah perlu dipertimbangkan, terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri itu atas dakwaannya 'Harakah menyebar fitnah'.

Jika Utusan Meloya dan Berita Hairan bebas memfitnah pembangkang, tanpa apa-apa tindakan diambil, mengapa Harakah mengalami nasib sedemikian.

Kepada rakyat sekali lagi jelas kerajaan BN terdesak dan sanggup menafikan hak kebebasan bersuara yang dilaungkan melalui Harakah. Ternyata Harakah berjaya menimbulkan kesedaran rakyat negara ini dengan mendedahkan kepincangan dan kelemahan yang berbentuk penindasan terhadap rakyat jelata.

Selain penghubung kepada 1.3 juta ahlinya, Harakah kini adalah media mendokong berita sebenar idaman pencinta kebenaran, berbanding media seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan yang gemar membawa fitnah samada terhadap rakyat atau terhadap Islam itu sendiri.®