RAKYAT PERLU MENOLAK MANIFESTO BN

Keikhlasan kerajaan BN membela nasib rakyat sekali lagi teruji dengan kenyataan PM Maha Firaun itu bahawa manifesto BN akan menekankan pembelaan terhadap nasib rakyat.

Sewajarnya kenyataan itu dilihat secara rasional kerana BN sudah memerintah negara sejak ditubuhkan dalam tahun 1974 dan mengambil alih dari Parti Perikatan. Jika benarlah hasrat kerajaan BN mahu membela nasib rakyat, mereka boleh terus melakukannya dari masa ke semasa sepanjang 42 tahun mentadbir negara bukan mengulangi janji.

Manifesto tidak bererti bagi sebuah kerajaan yang berkuasa dan mempunyai kuasa merubah dan boleh melakukan perubahan yang baik demi kepentingan rakyat dan tidak hanya mengulangi janji-janjinya setiap lima tahun sekali.

Justeru itu rakyat harus menolak apa sahaja agenda yang dibentangkan dalam menifesto Kerajaan BN yang akan dibentangkan sedikit masa lagi.

Sementara itu, rakyat memberikan reaksi yang menggalakan terhadap manifesto Kerajaan Alternatif yang dibentangkan oleh Parti-parti Alttternatif semalam. Antara yang menarik perhatian rakyat ialah berhubung isu perumahan rakyat, permit teksi yang diindividukan, pemansuhan ISA, penekanan ke atas institusi kekeluargaan, pengagihan kekayaan negara secara samarata, pengurangan cukai pendapatan, bantuan kepada peniaga kecil serta penekanan terhadap kemudahan awam seperti pengangkutan dan perubatan.

Minda Rakyat mengalu-alukan pandangan rakyat Malaysia berhubung dengan Manifesto BA untuk dikongsi sama dengan rakyat yang lain. Selain itu sebaran manifesto ini secara seluas-luasnya amat diharapkan agar rakyat yang tiada kemudahan internet dapat menerima penjelasan berhubung manifesto kerajaan baru ...ALTERNATIF!!!®