RAKYAT PUJI MANIFESTO BA

Reaksi pertama di kalangan rakyat luar bandar dan para penyokong Alternatif menyifatkan manifesto BA begitu kemas dan menekankan kehidupan rakyat golongan bawahan. Mereka juga berpuashati dengan manifesto itu dan percaya akan mendapat sokongan apabila berjaya disebarkan kepada rakyat yang lain.

Bagaimana pun di kalangan Menteri kerajaan BN manifesto Barisan Alternatif, adalah sebagai satu helah politik sahaja. Ia juga disifatkan sebagai penipuan kerana menjanjikan perubahan secara "luaran" sahaja.

Demikianlah dua senario yang berbeza terhadap manifesto BA. Di kalangan rakyat mereka sudah menerima BA sebagai persediaan kerajaan yang bakal memerintah menggantikan BN yang kian tidak relevan.®