SAMY AKUI BELANJAWAN ALTERNATIF 2000 LUAR BIASA!!

Langkah Barisan Alternatif untuk "membentangkan satu Belanjawan 2000 alternatif" Rabu ini adalah sesuatu yang luar biasa kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu. Tetapi dalam  masa yang sama ia tidak beretika kerana hanya kerajaan sahaja yang layak berbuat demikian.

Menteri Kerja Raya itu jelas cemas dalam menghadapi persediaan BA mengambilalih pemerintahan daripada BN. Beliau mendakwa belanjawan hanya boleh dibentangkan di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan oleh sebuah kerajaan yang dipilih.®