AZIZAH TIDAK AKAN JADI PENGGUGAT?

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman bahawa DSWA Presiden Parti Keadilan Nasional (Adil) tidak akan menjadi penggugat kepada Umno atau Barisan Nasional (BN) jika beliau bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan di Pulau Pinang kerana dakwanya rakyat akan diminta memikirkan jasa yang telah ditaburkan oleh parti kepada rakyat, bukannya oleh seseorang individu.

Kemenangan yang diperolehi selama inipun diperolehi oleh parti, kata Zaharah pada sidang berita selepas mendengar taklimat mengenai persiapan menghadapi pilihan raya daripada ketua-ketua Pergerakan Wanita Umno seluruh Pulau Pinang.

Beliau berkata, Keadilan atau mana-mana parti pembangkang tidak mempunyai rekod prestasi untuk ditunjukkan kepada rakyat. Zaharah berkata, seluruh jentera Pergerakan Wanita Umno Pulau Pinang termasuk di kawasan Permatang Pauh akan memastikan kemenangan Umno di 12 kawasan Dewan Undangan Negeri dan empat kawasan Parlimen di negeri ini serta kawasan Barisan Nasional (BN) yang lain di negeri ini.®