PELUANG MENDEKATI BUKAN ISLAM

Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Pas bersetuju menggugurkan cadangan untuk menubuhkan negara Islam dalam manisfesto bersama gabungan parti-parti pembangkang dengan tujuan untuk mendekati masyarakat bukan Islam.

Ini adalah kerana semua orang tahu bahawa PAS sebuah parti Islam dan sedang menjalankan dasar-dasar sebagaimana yang dikehendaki Islam. Namun untuk membolehkan kita mendekati orang bukan Islam, maka PAS bersetuju untuk menggugurkan (perkataan menubuhkan negara Islam) dalam manifesto tersebut.

Menurut Tuan Guru, tindakan menggugurkan perkataan penubuhan negara Islam dalam manifesto itu tidak bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS melakukannya sebagai meniru tindakan yang diambil oleh Rasulullah yang sanggup menggugurkan perkataan "Bismillahirahmanirrahim" dan "Muhammad Rasulullah" selepas mendapat bantahan daripada kerajaan Makkah bagi satu perjanjian.

Tuan Guru juga berkata bahawa sikap tolak ansur yang diamalkan oleh PAS itu bukan bermakna parti itu menolak Islam sebaliknya dibuat bagi kepentingan agama Islam sendiri.®