Akibat gagal memahami Islam dan perlaksanaanya, maka hukum hudud tidak dapat dilaksanakan sebagaimana diperintah oleh Allah s.w.t.. Ia menerima berbagai halangan yang tidak sepatutnya berlaku terutama oleh orang Islam sendiri.
Perkara ini diakui oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan halangan yang diterima itu termasuklah dari kerajaan
pusat sendiri. Tuan Guru menegaskan bahawa hukum hudud yang dicadangkan itu bukanlah kehendak PAS. Sebaliknya ia adalah hukum Hudud Islam.
Tuan Guru Nik Aziz juga berkata kerajaan negeri pimpinan PAS telah berjaya menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan negeri melalui
pelbagai pendekatan termasuk ketakwaan kepada Allah, bertanggungjawab dan menghasilkan kerja yang berkualiti.®