JIKA BENAR BA PAKATAN RAPUH

Mr Canggih

Saya dapat merasakan media begitu gemar menghentam dan 'menghina' pakatan pembangkang melalui Barisan Altenatif. Saya juga terfikir apakah sebenarnya BA itu satu gabungan yang kuat atau ia cuma sesuatu yang rapuh.

Memanglah benar pakatan pembangkang pernah dikaitkan dengan gabungan S46 dan PAS dalam pilihanraya lalu. Bagaimana pun ia tidak boleh menjadi ukuran langsung kerana S46 lahir dari kekecewaannya terhadap UMNO atas dasar peribadi para pemimpinnya (Ku Li dan bekas pemimpin S46 seperti Pa Lah, Rais Yatim dll).

Akan tetapi gabungan Alternatif yang saya fahami terdiri dari 4 parti utama pembangkang iaitu PAS, DAP, PKN dan PRM bukan di atas kehendak pihak yang kecewa iaitu DSAI yang dipecat pada 2 September tahun lalu.

Sebaliknya ia lahir dari kesedaran para pemimpin dan rakyat Malaysia berhubung dengan kezaliman, ketidakadilan yang melampui norma-norma kehidupan seorang manusia normal. Penindasan ini mengatasi segala yang pernah tercatat dalam sejarah politik tanah air justeru kerana PMnya Maha Firaun memang gemar yang 'ter'.

Di akhir kejayaan dakwaannya akhirnya beliau lah PM yang 'ter'bodoh setelah 'ter'cerdik pada pandangan rakyat sekelian sekian lama. Terbodoh itu ialah apabila tindakannya memecat DSAI atas alasan salahlaku seks di luar tabie yang mana langsong tidak diterima oleh kebanyakan rakyat negara ini.

Kekadang saya sendiri tertanya mengapakah sebenarnya media menghentam begitu teruk gabungan BA. Ia diikuti dengan temuramah pelbagai pihak seperti para pemimpin politik, cendikiawan, ahli fikir, golongan yang didakwa profesional dan sebagainya.

Jika sebenarnya BA itu rapuh mengapa mereka tidak membiarkannya begitu sahaja....®