RAKYAT TETAP YAKIN

Pelbagai pihak dalam kepimpinan Kerajaan BN melahirkan pelbagai pandangan dan pendapat berhubung dengan Manifesto BA dan kerjasama dalam Barisan Alternatif. Walau apa pun pandangan itu akhirnya pimpinan BN sedar bahawa lahirnya BA merupakan satu ancaman kepada BN yang selama ini berjaya mengaburi mata rakyat atas nama pembangunan negara dan perpaduan rakyat.

Pandangan-pandangan yang lahir itu sebenarnya dari rasa 'ancaman' bahawa segala pembohongan dan putarbelit kerajaan BN selama ini akan terbongkar, terutama berhubung dengan perbelanjaan wang negara yang dilihat lebih cennderung akhir-akhir ini ke tahap membazir dan 'untuk kroni sahaja'.

Justeru itu lahir pandangan intelektual untuk melaga-lagakan kerjasama semua parti dalam Alternatif. 'Kununnya' KeADILan hanyalah untuk membebaskan DSAI. Manakalan PAS dan DAP umpama minyak dan air dengan falsafah negara Islam dan Malaysian Malaysia yang dikatakan tak mungkin bercantum.

Biar apa pun pandangan para cendikiawan, pemerhati politik, hatta dari ahli politik dari dalam kerajaan regim Maha Firaun, nyata rakyat seperti sudah sepakat bahawa KEZALIMAN, KETIDAKADILAN DAN PENYELEWENGAN NEGARA PATUT DIHENTIKAN!!!

Justeru itu rakyat sanggup melupakan segala tohmahan pemimpin BN, meninggalkan tv pada jam 8 malam memulaukan Utusan Meloya dan Berita Hairan, sebaliknya masih setia mendengar penerangan dari siri ceramah Alternatif dan perkembangan laman web reformasi.

Rakyat yang bijak tidak mudah lagi terpedaya, setelah sembilan kali diperdayakan!!®