DEMI TERDESAKNYA BN!!

Permintaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang agar beliau tidak lagi dipilih sebagai menteri besar, dilihat sebagai terdesaknya BN mahu membolot kekuasaan negeri Kelantan.

Menurut Ku Li tindakan itu adalah untuk memenuhi janji pembangkang dalam manifesto mereka untuk mengehadkan seseorang itu memegang jawatan itu untuk dua penggal saja.

Agaknya Ku Li terlupa atau beliau tidak membaca sepenuhnya manifesto BA yang mensyaratkan segala-galanya bermula apabila Kerajaan Alternatif berkuasa. Walau bagaimana pun sekalung tahniah daripada Minda Rakyat terhadap Ku Li kerana sudi memberikan perhatian terhadap isi manifesto BA yang memang tidak menerima langsung perhatian media BN yang lain.®