Golongan pekerja ladang, petani, pekerja kilang dan 'peneroka bandar' bergabung dalam SEDAR bagi membantu parti-parti Alternatif berkempen dan seterusnya memenangi pilihanraya umum negara kali ini.Demikian menurut pemimpin NGO Sedar Negeri Perak saudara Gunasegaran a/l Krishnan.
Menurut Guna, SEDAR telah bertemu Tuan Guru bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang pemerintahan negeri Kelantan yang dikatakan tidak membangun dan keciciran serta dimomok dengan pelbagai rupa dalam agenda media.
Namun pertemuan 4 mata dengan Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat telah merubah segala-galanya. Akhirnya seramai 132 orang kaum India dan Cina dari beberapa kem Cina dan Ladang India di negeri Perak kini giat menjadi penceramah bebas NGO membantu parti-parti Alternatif untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum nanti.
Menurut Guna lagi dalam siri ceramahnya di merata ladang di negeri Perak hasilnya sungguh memuaskan dengan majoriti melebihi 80 peratus masyarakat India bersetuju bahawa penukaran kerajaan adalah satu cara terbaik bagi membebaskan mereka dari belenggu penindasan dan kezaliman yang dialami selama ini.
Selama 100 tahun nasib masyarakat India tidak berubah dan berpucuk surat sudah disampaikan kepada MB Ramli Marcos dan juga PM Maha Firaun, tetapi mereka langsung tidak mengindahkan rayuan dan isi hati masyarakat India ladang.
Tetapi menurut Guna, hanya satu surat kepada PAS, DAP, KeADILan dan PRM, sebaliknya parti-parti tersebut berjanji akan membawakan perubahan seandainya mereka (Kerajaan Alternatif) berjaya memenangi pilihanraya umum negara.
Justeru itu dan demi perubahan yang diharapkan, masyarakat India ladang bersetuju beramai-ramai untuk berkempen bagi Parti Alternatif supaya BN ditumbangkan dan sebuah kerajaan baru Alternatif dibentuk.®