RAKYAT TIDAK PERLU GENTAR

Rakyat tidak perlu takut dengan ancaman 'huru hara' dan pelbagai kemunduran berlaku seandainya Kerajaan Alternatif memerintah. Ini adalah kerana hampir semua golongan dalam masyarakat Malaysia sudah komited dalam memberikan sokongan supaya BA mengambilalih teraju pemerintahan dari BN.

Dari setiap golongan itu pula kira-kira 80 peratus sudah berjanji bahawa kerajaan BN mesti ditukarkan dengan BA yang merupakan satu kesempatan terbaik sepanjang 9 kali pilihanraya umum pernah diadakan di negara ini.

Justeru itu rakyat yang masih belum menyertai adalah diminta menimbangkan dengan akal yang waras, tidak dirasuk oleh perasaan hawa nafsu akan tindakan majoriti rakyat dalam pelbagai golongan yang mahukan perubahan kerajaan baru menggantikan BN.

Inilah kesempatan terbaik untuk semua rakyat Malaysia melakukannya. Pandangan ini diberikan oleh Dr Syed Azman ketika berceramah di Desa Chemor Sinaran, Chemor awal minggu ini.®