JANGAN SEPERTI ZAIM BUAT MAKSIAT DI SINI


Ingin lari daripada kesibukan harian dan mencari ketenangan, keindahan dan keseronokan?

Pernah terbayang pada percutian sambil menikmati laut dan berseronok dengan pelbagai aktiviti rekreasi yang disediakan?

Jika begitu, percutian di Pangkor Laut Resort, sebuah pusat peranginan di Pulau Pangkor Laut dekat sini, di mana anda boleh berbuat apa sahaja, mungkin tempat paling ideal untuk memenuhi impian anda.

Dibuka pada 1993, pusat peranginan milik YTL Corp Bhd, dikelilingi 120 hektar hutan hujan, tanjung tinggi berbatu, laut yang dipinggiri pokok palma dan teluk yang meluas.

Anda tidak kesepian di sini. Ombak tenang menyambut kedatangan anda di sebelah pagi atau petang. Malam hari pula, anda diulit oleh angin sepoi-sepoi bahasa.

Nikmatilah penginapan di pusat peranginan ini yang menyediakan 180 buah vila mewah yang mempamerkan persekitaran desa, menggabungkan kemewahan terkini dengan keselesaan tradisional.

Pilihlah untuk menginap sama ada di Water Villas yang dibina di atas kaki bajang merentangi Selat Melaka, Beach Villas, hanya selangkah daripada tepi air, atau Coral Bay Villas yang berada di tengah-tengah hutan.

Setiap vila memiliki stail dan keunikan tersendiri untuk memberi keselesaan dan pengalaman yang boleh diabadikan.

Untuk mengisi perut, kunjungilah beberapa restoran dan ruang makan yang menghidangkan pelbagai makanan yang dapat membangkitkan selera anda.

Restoran Samudra umpamanya, mempromosikan beraneka masakan orang Asia dan klasik serta memaparkan gabungan unik masakan antarabangsa.

Jika teringin makanan ringan, singgahlah di Palm Grove Cafe yang menyediakan sandwic, salad dan pencuci mulut.

Masakan stail China Hockchew adalah hidangan istimewa Uncle Lim's Kitchen di Sri Legenda manakala Fisherman's Cove berbangga dengan makan malam di kawasan terbuka dengan resipi masakan yang menyelerakan.

Royal Bay Beach Club menyediakan makanan tengah hari untuk mereka yang gemar berada di kolam mandi. Yang teringin sangat minuman sejuk atau makanan ringan, jenguklah Chapman's Bar di Emerald Bay.

Beraneka keseronokan ditawarkan di sini. Jika keindahan alam semulajadi yang anda cari, berjalan menyusuri pantai Emerald Beach, yang terkenal sebagai salah satu daripada 100 buah pantai yang tercantik di dunia, pada waktu pagi atau malam, pasti dapat mengendurkan urat yang tegang.

Satu lagi pilihan bijak ialah bersantai di kolam mandi -- keinginan yang sukar diketepikan.

Aktiviti rekreasi juga melimpah-ruah di sini. Berendam dan nikmati spa, jakuzi serta rasai urut tradisional. Atau bermain karom, baling damak (dart), dam dan kepada yang utamakan kesihatan, kelab-kelab kesihatan serta jimnasium lengkap berhawa dingin menanti anda.

Mereka yang tidak berpengalaman di laut, boleh bermain golf, tenis dan skuasy.

Kepada penggemar sukan air pula, rasai debaran bermain luncur angin, luncur air, berlayar, luncur jet atau mengembara masuk hutan.

Kepada sesiapa yang ingin melihat kebiruan laut yang terbentang luas, pusat peranginan ini juga menyediakan sekumpulan bot menggunakan enjin, layar atau dayung.

Bot berenjin dikemudikan pekerja terlatih yang sudah biasa dengan keadaan arus dan pasang surut air. Mereka tahu kawasan paling bagus untuk memancing, untuk menyelam dan pantai-pantai yang elok untuk berenang.

Dan bayangkan anda memenuhi fantasi, meluangkan waktu sehari atau bermalam atas sebuah kapal mewah -- the YTL Lady - berukuran 64 kaki. Sedut udara nyaman dan saksikan pemandangan senja yang memukau ketika melayari kapal itu.

Jika urusan perniagaan menjadi agenda, pusat peranginan ini adalah pilihan yang bijak kerana ia menyediakan tempat mengadakan perbincangan dan ruang-ruang di dewan persidangan boleh memuatkan sehingga 200 orang atau boleh dibahagikan kepada tiga bilik yang berasingan.

Untuk sebarang maklumat dan penempahan, hubungi Pangkor Laut Resort, tel 05-699 1100 atau fax:05-699 1200.

Pangkor Laut Resort - satu pulau, satu pusat peranginan. Namun ia memiliki segala-galanya, menjanjikan keseronokan dan pengalaman penuh cabaran. Tetapi ingat, janganlah seperti Datuk Mohd Zaim Abu Hassan, Pengerusi EXCO Ugama Kerajaan Negeri Perak, yang mencari kesempatan membuat maksiat di sini!!!.®