Menjelang pilihanraya umum negara kerajaan BN akan menerusan agenda politik terkotor dalam sejarah pilihanraya dan politik negara ini. Orang yang tidak bersalah ditangkap berzina dan yang berzina nyata disembunyikan dan rekodnya dipadamkan.
Begitu pula dengan Ketua Samseng Negara, selaku Bapak Anjing Rahim 'Anjing' Noor yang nyata dan sudah membuat pengakuan memukul, membelasah, mencederakan hingga kepada niat membunuh tetapi kesnya cuba dipendam dan ditangguh-tangguhkan.
Demikianlah peri adilnya sistem perundangan dan kehakiman negara ini serta jatuhnya maruah mereka bersama-sama institusi polis yang bersekongkol dengan kezaliman.
Demi kepentingan politik semata, maka seorang manusia yang membela nasib rakyat dan mahu menyelamatkan wang negara menghadapi tuduhan 'liwat' yang direka-reka. Selepas hampir gagal dalam tuduhan itu, maka timbul lagi satu kes baru yang memaksa peguam DSAI bekerja keras menghadapi pertuduhan palsu Maha Firaun pemimpin zalim nombor satu abad ke 20 yang akan berakhir beberapa ketika lagi.
Tuduhan baru yang kununnya dibuat oleh seorang bekas penolong gabenor Bank Negara bahawa lebih daripada 20 "akaun induk" bernilai RM3 bilion
telah dibuka atas nama beberapa orang tertentu untuk dikeluarkan oleh DSAI bagi tujuan politiknya sendiri. Tuduhan ini membayangkan kepada rakyat
betapa hina dan jijiknya politik UMNO dan kerajaan BN yang mesti ditolak dan dibenamkan dalam pilihanraya umum negara akan datang.
Datuk Abdul Murad Khalid, 46, mendakwa bahawa melalui pembabitannya sendiri beliau mengetahui tentang sekurang-kurangnya sembilan pihak, termasuk DSAI
sendiri, dibayar wang dalam pelbagai amaun yang semuanya berjumlah RM121 juta dalam tempoh 1992-97. Ini bermakna Datuk Abdul Murad juga seorang
pengkhianat negara dan beliau sepatutnya ditangkap dan disiksa!
Dalam dakwaannya Murad mendakwa DSAI dibayar RM50 juta daripada satu akaun induk manakala penerima lain, yang termasuk sebuah agensi yang beribu
pejabat di Amerika Syarikat, menerima antara RM1 juta dan RM38 juta yang beliau dakwa satu daripada alat utama Anwar untuk mempromosi imejnya di
Amerika Syarikat dan Eropah, diketuai seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Nasional Amerika Syarikat.
Dalam dakwaannya juga Murad mengaitkan empat pertubuhan tempatan yang mempunyai kaitan dengan DSAI yang mendapat sejumlah RM17 juta, Shamsidar Taharin
(isteri Azmin Ali) yang kununnya diambil bekerja dengan gaji yang lumayan dan seorang CEO bank yang menyimpan RM200 juta atas namanya bagi pihak DSAI.
Biarpun Datuk Murad membuat pengakuan ini 'menjelang pilihanraya' dan selepas hampir sepuluh tahun pengetahuannya tentang perkara ini, satu perkara yang lebih menarik bahawa beliau adalah seorang yang korupsi dan masih disiasat berhubung kegagalannya mengisytiharkan aset bernilai RM23 juta. Kesnya telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 16 September 1999 lalu, masih menunggu perbicaraan.
Dan perletakkan jawatan Datuk Murad dari Bank Negara pada 1 Februari 1999 lalu dan kemudian menyertai RHB Bank sebagai pengarah eksekutif pasti mempunyai perencanaan tersendiri oleh pihak kospirator yang mahu menjatuhkan DSAI.
Minda Rakyat berpandangan isu baru ini adalah untuk kesempatan BN merejam DSAI yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Alternatif untuk menyandang jawatan PM sekiranya berkuasa kelak.
Namun di pihak BA, fitnah baru terhadap DSAI akan menjadi bahan kempen yang unggul menjelang pilihanraya umum negara.®