HANYA DALAM PEMERINTAHAN BN!!

Hanya dalam pemerintahan kerajaan BN seorang pemimpin kafir seperti Datuk Dr Ting Chew Peh boleh menuduh seorang ulama sebagai 'jahil' yang sekaligus membayangkan bahawa BN sanggup melakukan soal fitnah yang keterlaluan terhadap seorang ulama yang dihormati.

Jika benar Tuan Guru seorang yang jahil, apakan jadi kepada rakyat negara ini? Bolehkah mereka bergantung kepada kewarakan Dr. Mahathir? Atau Hamid Othman? Atau Wan Mokhtar? Atau Yusuf Nor?

Datuk Ting perlu menyedari dan menginsafi terhadap kenyataan Tuan Guru terhadap masalah arak dan judi akan terhapus jika kaum Cina memeluk Islam itu membayangkan bahawa betapa prihatinnya seorang pemimpin terhadap rakyat kerana memelihara tanggungjawab sosial rakyat hatta hingga ke keluarga dan isteri peminum arak dan pemabuk judi.

Pemimpin UMNO tiada masa untuk membuat sebarang 'kenyataan sosial' kerana memenuhi agenda politik dan kekuasaan semata-mata.®