1. Saya membuat pengakuan tidak bersalah dan menafikan dengan sekeras-kerasnya pertuduhan yang dikemukakan ke atas saya atas alasan sudah berlaku pernikahan yang sah disisi hukum syara’. Insya Allah suratcara dan dokumen yang berkaitan akan dikemukakan kelak.
2. Diwaktu yang sama, saya ingin melahirkan rasa kesal yang teramat sangat kerana ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mempolitik dan memperbesarkan isu ini sebelum siasatan sepenuhnya dibuat.
3. Saya juga ingin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Dr abdul Hamid Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang cuba memanipulasi dan mensensasikan isu ini sebelum mengetahui fakta dan kedudukan yang sebenarnya. Dato’ Dr Hamid Osman telah memalukan dan memfitnah saya serta keluarga. Politik murahan saperti tidak seharusnya datang daripada orang yang menganggap dirinya ulama’.
4. Adalah jelas tindak-tanduk Dato’ Dr Abdul Hamid bin Osman sangat bertentangan dengan kehendak Islam dengan melakukan jenayah fitnah untuk kepentingan diri dan kerjaya politiknya. Saya khuatir salahlaku saperti ini yang datangnya dari seorang yang mengaku dirinya ulama’ akan melahirkan satu budaya dan contoh tidak sihat kepada generasi muda dan masyarakat seluruhnya.
5. Saya juga khuatir dengan budaya politik murahan yang diamalkan masakini dengan menyebarkan fitnah dan tohmahan dengan menggunakan media perdana negara sebelum seseorang itu berpeluang membela dirinya menurut lunas perundangan negara ini. Budaya memfitnah dan menghukum sebelum perbicaraan nampaknya sudah menjadi amalan baru di negara ini.
6. Amalan politik murahan saperti ini mestilah dihentikan serta-merta kerana
jelas tidak menghormati hak asasi seseorang rakyat yang dijamin tidak bersalah
sebelum dibuktikan pertuduhan terhadapnya.
Yang benar,
Idrus Ibrahim
Selasa: 16 Rejab 1420/ 26 Oktober 1999®